Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Kes Demam Denggi Turun...

SHAH ALAM - Kes demam denggi di Selangor menunjukkan penurunan sebanyak 18 peratus...

Video: PM Kanada Ramah...

KEMENANGAN Justin Trudeau sebagai Perdana Menteri baharu di Kanada isnin lalu rata-rata mendapat...

TPM Sedih Kes Gangguan...

PETALING JAYA – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail...

Rokok Naik Harga

KUALA LUMPUR - Harga jualan runcit beberapa jenama rokok meningkat di pasaran susulan...

Bekas Banduan Ugut Ibu Dipenjara 15 Bulan

MELAKA – Tidak serik bermalam di penjara atas kesalahan kes dadah, seorang bekas banduan sekali lagi dihukum penjara 15 bulan oleh Mahkamah Majistret di Ayer Keroh di sini, hari ini, gara-gara memeras ugut ibunya kerana mahu mendapatkan wang RM100.

Majistret Norina Maludin juga menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas Junaidi Mad Nor, 34, yang turut mengaku bersalah bagi pertuduhan gagal mengemukakan kad pengenalan ketika diminta pihak berkuasa.

Bagaimanapun, Norina memerintahkan hukuman ke atas tertuduh berjalan serentak bermula tarikh dia ditangkap, 10 April lepas.

Junaidi, yang baru sebulan keluar penjara, didakwa melakukan pemerasan terhadap ibunya Nokiah Ali, 62, untuk memukul mangsa dengan sebatang kayu bagi mendapatkan RM100.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di rumah Lot 1600, BT 10 ½ Jalan Solok Paya Rumput Jaya, Sungai Udang, di sini, kira-kira 2.30 petang, 9 April lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau sebat atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Lelaki itu juga didakwa gagal menunjukkan kad pengenalan semasa pemeriksaan oleh anggota polis di tempat yang sama, kira-kira 1 petang, 10 April lepas.

Bagi tuduhan itu, dia didakwa mengikut peraturan 25(1)(N) Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Azri Zakaria memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira faktor kepentingan awam memandangkan mangsa yang diugut oleh tertuduh merupakan ibu kandungnya.

Junaidi, yang tidak diwakili peguam, memohon mahkamah mengenakan hukuman penjara yang minimum atas alasan dia tidak mampu menyediakan wang denda selain baru keluar dari penjara bulan lepas. – BERNAMA

Kategori