Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

JHEAIK Siasat Video Tular...

ALOR SETAR - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) hari ini...

Umat Islam Bertambah, Masjid...

SINGAPURA ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć¢ā‚¬Å“ Pada Sabtu lalu, masyarakat Islam di Singapura berbangga apabila nama presiden...

Brunei Lancar Nombor Plat...

BANDAR SERI BEGAWAN - Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) Brunei bakal melancarkan bidaan nombor...

Patuhi Garis Panduan Banjir...

KENINGAU ā€“ Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan menasihatkan penduduk di...

Bekas Polis Peras Ugut Kenalan Wanita Didenda RM3,000

KUALA LUMPUR – Gara-gara memeras ugut kenalan wanita kerana mahu menuntut hutangnya, seorang bekas anggota polis didenda RM3,000 atau empat bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhkan hukuman itu ke atas Zamzuri Ainul Musli, 48, selepas tertuduh mengaku bersalah melakukan pemerasan dengan mengambil wang tunai RM1,000 daripada Lum Nyoi, 23, seorang pelayan bar warganegara Myanmar.

Zamzuri yang kini bekerja sebagai pemandu Grabcar didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kondominium di Jalan Tengkat Tong Shin di sini pada 4 pagi, 7 Ogos 2016 mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau sebat atau kedua-duanya.

Ketika rayuan tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman denda minimum atas alasan dia penanggung utama keluarganya iaitu isteri, empat anak dan bapa yang sudah tua.


Tertuduh turut memberitahu dia menyesal dengan perbuatan agresifnya yang memeras ugut hanya kerana mahu mendapatkan semula duitnya daripada mangsa.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh. – BERNAMA

Kategori