Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Butt: MU Cari Pemain...

NICKY Butt menyatakan bahawa bekas pasukannya, Manchester United, kini sedang berusaha keras untuk...

Geram Insurans RM100 Juta...

BATU PAHAT - Berang apabila permohonan insurans bernilai RM100 juta ditolak pihak bank,...

Malaysia Tak Akan Tambat...

KUALA LUMPUR - Malaysia tidak akan sesekali mengulangi langkah menambat ringgit kerana ia...

Bapa Harap Ihsan Pencarian...

KUANTAN - Meskipun menerima hakikat pencarian dasar laut pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370...

Beli Rumah Usia 21 Tahun, Janna Nick Jadi Idola

SETELAH beberapa tahun bertungkus lumus dalam dunia seni hiburan, pelakon comel, Janna Nick akhirnya mampu merealisasikan impiannya untuk membeli sebuah rumah kediaman sendiri.

Lebih membanggakan, rumah itu dibeli pada usia mudanya yang kini mencecah 21 tahun.

Gembira impiannya tercapai, Janna turut berkongsi gambar rumahnya menerusi laman Instagram.

Beli Rumah Usia 21 Tahun, Janna Nick Jadi Idola

Perkongsian itu lantas menarik perhatian peminat hingga ada yang mengangkat pelakon drama Syurga Nur ini sebagai idola.

Sementara itu, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner memberitahu, dia sanggup mengetepikan keinginannya untuk berbelanja semata-mata ingin membeli aset pertamanya itu.

“Alhamdulillah saya berjaya menunaikan hasrat membeli rumah pada usia 21 tahun, sekali gus merealisasikan matlamat sejak mula berkecimpung dalam bidang seni.


“Tipulah jika tiada keinginan berbelanja, namun nafsu itu dapat dikawal. Saya memuat naik gambar di Instagram bukanlah untuk menunjuk-nunjuk.

“Sebaliknya menyuntik semangat kepada rakan sebaya lain bekerja lebih keras demi mencapai impian. Usah mengikut gaya berbelanja boros, sebaliknya fokus untuk mengumpul aset.

“Terima kasih kepada peminat, penggiat seni dan media yang membantu saya merealisasikan impian ini. Tanpa sokongan semua pihak, saya tidak mungkin mampu meraih sasaran ini,” katanya kepada BH Online. 

Wah, Janna bukan sahaja pandai menjiwai pelbagai watak tetapi juga pandai menguruskan kewangan di usia muda. Memang tabik spring la!!

Kategori