SEPERTI Aisyah Dhia Rana dan Lara Alana, bayi lelaki kesayangan pasangan Hanis Zalikha dan Hairul Azreen, Yusuf Iskandar mempunyai permulaan hidup yang bisa mendatangkan ‘kedengkian’ kepada orang dewasa.
Hairul dan Hanis membawa si manja mereka itu ke Istanbul, Turki, hanya beberapa bulan selepas mereka sekeluarga bercuti di kota London, United Kingdom.
Ketika percutian ke London itu, Hairul meluahkan rasa sayang dan penghargaannya terhadap pengorbanan Hanis melahirkan bayi mereka yang ketika itu baru berusia tiga bulan.
Sweet sangat, kan?
Difahamkan, percutian keluarga bahagia itu kali ini adalah untuk penggambaran sebuah program televisyen yang bakal ditayangkan di Astro Ria bertajuk Projek Theme Park.
Keluarga popular ini tidak lupa mengabadikan kenangan percutian sambil bekerja mereka menerusi kiriman gambar di laman Instagram masing-masing. Seronok lihat pasangan ini melayan keletah Yusuf yang comel dan lincah itu!
Seperti biasa, para netizen pun tak boleh tahan geram melihat peha Yusuf yang juicy dan empuk tu! Memang comel habis!
“@aliahusnanana: gebunyaaa pipi”
“@norsyhirah: Putih melepak..ikut sape ni??@theyusufiskandar @haniszalikha”
“@nuurizzati_: Yusuf macam mamat korea😍”
“@aykutt_altun: Welcome İstanbul tuzla”
“@mnznlabdn: Nak yusuf pls @hvslindvhvnvpi 😂”
“@w.adriana_s0fea: Why are you so cuteee yusuf”
“@aida_.isyam: Wooo…baju sama 😄”
“@lindalum72: Usop hensemm laa dr dady😂😂😂”
“@affvn: Dem calves man #yusufneverskipslegday”
“@mizscopio: Comeyyy gilerrrr😍😍😍😍😍”
“@diana_marzuki: cutenya pakai pants mcmni..”
“@iamekinimani: encem boy..😘”
“@teddybeefarsya89: Eeeee geraaaaam nak gomolll 😘❤️😘❤️ @kamilhanis @kynyahya”
“@farharazak: Pipiii”
Melihat ragam Yusuf yang dilahirkan pada 3 Jun 2016 itu membuat Monday blues kami hilang, tau. Oleh itu, tak hairanlah mengapa si kecil ini mempunyai pengaruh media sosial yang luar biasa; dengan followers tegar seramai 1.1 juta di dalam Instagram sahaja!
Untung sungguh menjadi anak kepada selebriti terkenal; kecil-kecil lagi sudah dibawa keliling dunia dan melancong ke tempat-tempat yang rata-rata daripada kita perlu kumpul duit bertahun-tahun baru dapat merasa! – MYNEWSHUB.CC