KONDISI kesihatan penyanyi dangdut terkenal Indonesia, Julia Perez atau mesra disapa Jupe kini di tahap yang semakin kronik.
Jupe yang menerima rawatan di sebuah hospital sejak empat bulan lalu dilaporkan kini sedang berjuang melawan penyakit kanser pangkal rahim tahap empat.
Menurut adik Jupe, Nia Anggia, kesihatan bintang berusia 36 tahun itu semakin lemah dan hanya mampu terbaring di katil sejak seminggu lalu.
Lebih menyedihkan, Nia memberitahu Jupe sudah mula tidak mengenali orang sekelilingnya dan berhalusinasi.
“Sebenarnya saya tidak mahu cerita mengenai kondisinya kerana saya yakin pasti ada keajaiban buat dia.
“Namun saya perlu akur kini keadaannya sudah lemah dan hanya tidur dan terbaring di atas katil sejak seminggu lalu.
“Dia sudah tidak boleh bercakap normal. Malah sudah mula tidak mengenali beberapa orang sekelilingnya.
“Saya harap halusinasi itu kerana kesan ubatnya. Doktar masih belum pasti,” katanya kepada sebuah media Indonesia.
Sementara itu, pengurus Jupe memaklumkan Jupe sering melihat toyol dan anak kecil semasa dirawat di hospital.
Selain itu, Jupe turut menyatakan perkara tidak masuk akal kepada sahabatnya, Ustaz Zackry Mirza seperti berhasrat mahu sambung belajar.
Dia bagaimanapun, menasihati Jupe agar mendekatkan diri dengan Allah SWT selain berzikir serta selawat.
Jupe merupakan artis yang sering menimbulkan kontroversi di Indonesia dengan imej seksinya dan pernah diberi gelaran simbol seks Indonesia. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: Kapan Lagi, Liputan 6