Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

2 Kes JE Dikesan...

GEORGE TOWN - Dua kes Japanese Encephalitis (JE) dilaporkan di Pulau Pinang yang...

Bekas Pengerusi PKM, Abdullah...

KUALA LUMPUR: Bekas pengerusi Parti Komunis Malaya (PKM), Abdullah CD atau nama sebenarnya...

20,000 Cuba Nasib Teka...

JOHOR BAHRU - Pelbagai cara dilakukan bagi memeriahkan suasana Aidilfitri dan seorang wanita...

Proses Pemilihan PKR Akan...

SHAH ALAM – Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mekanisme e-undi...

BN Buat Keputusan Konsesus Dalam Isu RUU 355

PUTRAJAYA – Perlu fahami pendekatan konsensus diamalkan Barisan Nasional (BN) berhubung pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355, kata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau yang juga setiausaha agung UMNO berkata tidak timbul isu seperti yang diputarbelitkan segelintir pihak kononnya UMNO menipu PAS.

Beliau berkata keputusan kerajaan untuk tidak membentangkan RUU 355 adalah selaras dengan amalan bahawa BN membuat keputusan berdasarkan konsensus.

“Saya yakin PAS sendiri faham kaedah (konsensus) yang diamalkan dalam BN,” katanya.

Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas keputusan kerajaan untuk tidak membentangkan RUU 355, selepas menghadiri majlis pelancaran dan cabutan undi Rumawip Residensi Rimbunan Bandar Baru Sri Petaling, di sini, hari ini.

Keputusan kerajaan untuk tidak membentangkan RUU berkenaan menjadikannya kekal sebagai RUU persendirian.


Kepada soalan berhubung tindakan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang memutuskan untuk menangguhkan perbahasan RUU 355 ke sidang akan datang, Tengku Adnan berkata ia adalah keputusan speaker sendiri.

“Itu speaker punya kuasa, bukan kuasa (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak),” katanya.

Minggu lepas, Pandikar Amin menangguhkan perbahasan RUU tersebut ke sesi persidangan Dewan Rakyat yang seterusnya yang dijadual bermula 24 Julai ini. – BERNAMA

Kategori