Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Subvarian BA.5 Punca Kes...

KUALA LUMPUR : Kenaikan jangkitan virus di negara ini adalah datangnya daripada subvarian...

Pencalonan GTA Di DUN...

PEKAN - Borang penamaan calon Gabungan Tanah Air (GTA) bagi Dewan Undangan Negeri...

Mahathir Puji ‘Dasar Pandang...

BUSAN - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, meletakkan harapan yang tinggi terhadap...

Gunakan Segala Bantuan, Jadi...

KUALA LUMPUR - Golongan petani di negara ini perlu menggunakan segala peluang dan...

BN Perlu Segera Atur Strategi Tawan Kelantan

GUA MUSANG – Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata Barisan Nasional (BN) perlu segera mengatur strategi bagi memenangi lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Bekas Menteri Kewangan itu berpendapat BN mempunyai peluang paling cerah untuk menamatkan penguasaan 27 tahun kerajaan PAS Kelantan pada PRU-14 akan datang.

“BN mampu kembali mentadbir kerajaan negeri ini, tetapi perlu mengatur strategi mulai sekarang. Strategi yang diatur akan membolehkan BN merampas semula pemerintahan kerajaan daripada PAS yang dipegang sejak 1990,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Pada PRU13, PAS memenangi 32 kerusi DUN, BN 12 manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) menang satu kerusi DUN.

Veteran UMNO itu berkata keyakinan BN menawan semula negeri itu berdasarkan keinginan rakyat Kelantan yang mahukan pembaharuan selepas melihat kelemahan PAS mentadbir negeri ini dan gagal membawa sebarang perubahan sepanjang memerintah.


Dalam pada itu, beliau turut menyokong tindakan masyarakat Orang Asli di jajahan Gua Musang mempertahankan tanah yang mereka usahakan daripada diceroboh pihak luar.

“Kita faham kerajaan negeri bergantung kepada hasil balak tetapi perlu menjaga hak kaum berkenaan ke atas tanah mereka, ” katanya.

Dilapor, terdapat kemelut di Gua Musang yang melibatkan masyarakat Orang Asli yang mendakwa mereka semakin terancam akibat aktiviti pembalakan sehingga mendirikan halangan di laluan masuk ke kawasan Hutan Simpan Kekal Balah, sejak September tahun lepas. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • BN

Kategori