Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Najib Dilarang Keluarkan Wang...

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan perintah injunksi Mareva ex-parte kepada 1MDB dan subsidiarinya...

Op Jalan: 315 Saman...

KOTA BHARU - Sebanyak 315 saman dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan...

Blogger Tidak Kisah Dikutuk...

SEORANG blogger kecergasan, Morgan Mikenas menerima sokongan ramai selepas memaklumkan bahawa dia tidak...

Akaun Bank Milik Warga...

PUTRAJAYA - Analisa awal terhadap nombor akaun bank tercatat dalam buku nota yang...

BN Tak Tipu Rakyat Sediakan Projek Pembangunan

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) tidak pernah menipu rakyat dalam menyediakan projek pembangunan untuk dinikmati bersama oleh semua golongan masyarakat di negara ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata ini kerana, kerajaan sentiasa memikirkan hak dan keperluan rakyat tanpa membezakan latar belakang dengan prinsip dan amalan itu sentiasa menjadi pegangan BN.

“Ini selaras dengan cogan yang saya gunakan sewaktu memulakan kepimpinan dan pentadbiran saya sejak 2009, ‘Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan’.

“Jadi, tidak ada rakyat yang akan tertinggal atau diabaikan kerana kita bersikap realistik dan faham bagaimana kita harus mengurus tadbir negara,” katanya semasa berucap merasmikan majlis pecah tanah Pangsapuri Bandaraya @ Sungai Udang, Segambut di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar.

Perdana menteri berkata konsep keterangkuman secara menyeluruh yang diamalkan selama ini juga membolehkan kerajaan mendekati masyarakat bandar dan luar bandar untuk memastikan mereka tidak tercicir dalam arus pembangunan.

Najib menegaskan kerajaan mengamalkan dasar intervensi bagi membolehkan rakyat menikmati ‘ekonomi rakyat’ seperti projek perumahan, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), pengangkutan awam dan bantuan peniaga industri kecil dan sederhana.

Menurutnya amalan konsep berkenaan membolehkan ekonomi negara terus dipacu ke hadapan dengan perkembangan kadar pertumbuhan yang sihat dan positif selain projek pembangunan bersifat ekonomi modal dirancang dan dilaksanakan.


“Projek seperti MRT, Keretapi Berkelajuan Tinggi, Lebuhraya Pan Borneo, Pengerang dan sebagainya kita sifatkan sebagai projek besar dan ikonik khusus untuk dimanfaatkan rakyat,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Perdana menteri berkata apabila ekonomi modal dan ekonomi rakyat dirangkumkan, rakyat akan sedar bahawa kerajaan benar-benar memahami dan tahu apa yang patut dilakukan untuk menentukan kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat.

Najib berkata terpulanglah kepada rakyat untuk menilai kejayaan yang dikecapi hasil tindakan kerajaan dalam menjuarakan hak mereka atau mahu dipengaruhi sentimen pembangkang yang kelak boleh merugikan mereka.

Projek Pangasapuri @ Sungai Udang dijangka siap pada Disember 2019 yang mengandungi 1,251 unit di dua blok setinggi 32 tingkat dan satu blok setinggi 34 tingkat di kawasan seluas 5.51 ekar. – BERNAMA

Kategori