Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Farmasi Selamba Buat Iklan...

HARI kekasih (Valentine's Day) yang disambut pada 14 Februari sememangnya mengundang pelbagai isu kontroversi...

Anak Normah Kantoi Tak...

SIAPA tak kenal Liana Rosli? Anak perempuan pelakon veteran Normah Damanhuri yang berulang-kali...

Bunuh Polis, Cuba Ceroboh...

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat sama ada beberapa insiden melibatkan keselamatan institusi...

Sindir PM Lantik Diri...

SINIS... Semalam, Malaysia menjadi bahan jenaka komuniti perniagaan seluruh dunia apabila perdana menteri...

BN Yakin Mampu Hadapi ‘Perang’ Media Sosial

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Barisan Nasional (BN) bersedia menghadapi ‘peperangan’ baharu di media sosial bagi menangkis segala tohmahan pembangkang yang boleh mengelirukan rakyat.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, mengakui ‘medan peperangan’ sudah berubah berbanding dahulu yang memerlukan pejuang menggunakan tenaga fizikal dengan meredah hutan serta bertentang mata untuk mencapai kemerdekaan.

BN Yakin Mampu Hadapi 'Perang' Media Sosial

“Alam maya ini adalah ‘medan peperangan’ yang baharu dan mereka yang menguasainya akan memenangi peperangan baru ini.

“Saya yakin dan percaya aktivis media sosial kita mampu memainkan peranan dalam menangkis ‘serangan’ yang dicipta,” katanya dalam satu majlis malam tadi di ibu negara.

Beliau turut menasihatkan aktivis media sosial untuk tidak bertelingkah sesama sendiri dan memberi fokus kepada perjuangan untuk parti.


“Setiap penulisan itu perlu menekankan keberhasilannya yang mana dapat menambat hati dan minda pembaca kerana itu akan menentukan nasib parti pada Pilihan Raya Umum nanti,” katanya.

Jelasnya, pembangkang sering menimbulkan perkara yang boleh mengelirukan minda rakyat di media sosial dan menjadi tanggungjawab aktivis media sosial BN untuk menangkis ‘serangan’ tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Kategori