Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Video: Pekerja 7E Dibelasah...

GARA-GARA isu kad tambah nilai, seorang pekerja kedai serbaneka 24 jam dibelasah teruk...

DCA, MAHB Perlu Kaji...

BENTONG - Kementerian Pengangkutan mengarahkan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Malaysia Airports Holdings...

Perbelanjaan Terbesar Dalam Sejarah

KUALA LUMPUR - Perbelanjaan dalam Belanjawan 2021 adalah terbesar dalam sejarah iaitu RM322.5...

Muka, Badan Melecur Selepas...

"HANYA Tuhan yang tahu betapa sakitnya saya," - demikian yang diluahkan seorang ibu...

BNM Terus Perkenal Langkah Kukuh Asas Negara

LABUAN – Bank pusat akan terus memperkenal langkah baharu bagi memperkukuh asas ekonomi negara, kata Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Muhammad Ibrahim.

“Kami akan terus memantau kedudukan ekonomi dan memperkenal langkah-langkah baharu bagi memperkukuh serta mewujudkan pasaran tukaran asing dan kecairan bon yang lebih menyeluruh pada masa depan,” katanya di sini hari ini selepas membentangkan Laporan Tahunan Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) 2016.

Muhammad mengulas mengenai pengukuhan ringgit yang kini mencatat paras RM4.3510 berbanding dolar US hari ini.

Beliau berkata pengukuhan ringgit adalah hasil daripda asas ekonomi negara yang kukuh, terutama selepas beberapa langkah diperkenalkan oleh bank pusat pada 2 Dis, 2016 dan 13 April, 2017.

Langkah yang diperkenal pada 2 Dis termasuk membenarkan pengurus dana pemastautin melindung nilai secara bebas dan aktif Dolar US dan Renminbi China dengan pendedahan sehingga RM6 juta bagi setiap pelanggan bank.


Pada 13 April, bank pusat mengumumkan langkah bagi mengawal jualan singkat Sekuriti Kerajaan Malaysia yang akan diperluas kepada semua entiti pemastautin seperti pelabur dan penerbit, berkuat kuasa 2 Mei, 2017.

Muhammad menjangkakan permintaan dan bekalan ringgit lebih seimbang ekoran pelaksanaan langkah-langkah baharu itu.

“Ringgit akan mencerminkan asas ekonomi yang kukuh ketika ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori