Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Terengganu Rekod 772 Kes...

KUALA TERENGGANU - Terengganu terus merekodkan peningkatan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD)...

Rafizi Memilih Untuk Lawan...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli dalam nada...

Bidaan Nombor Pendaftaran RR...

SEBANYAK RM12.2 juta diraih Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis menerusi bidaan nombor pendaftaran...

Sarawak Isytihar 5 Kampung...

KUCHING – Kerajaan Sarawak mengisytiharkan lima kampung di Daerah Serian sebagai kawasan dijangkiti...

Bomba Selamatkan Pelajar Cuba Terjun Bangunan

PEKAN – Sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan Rompin hari ini gempar apabila seorang murid lelaki tahun enam dikatakan cuba terjun dari tingkat tiga bangunan sekolah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Azli Mohd Noor berkata pasukan penyelamat bergegas ke tempat kejadian pada pukul 8 pagi sebaik menerima panggilan mengenai kejadian itu daripada pentadbiran sekolah.

“Sebaik tiba, murid berkenaan didapati berada di hujung tingkat tiga bangunan sekolah itu dalam keadaan mendiamkan diri serta enggan beredar ke kawasan selamat walaupun telah dipujuk guru-guru dan rakan-rakannya.

“Mangsa dipercayai mengalami tekanan emosi sehingga bertindak sedemikian,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Bagaimanapun, anggota Bomba dan Penyelamat Kuala Rompin, berjaya memujuk dan membawanya turun selepas sejam kemudian.


Azli berkata, murid berkenaan kemudian telah diserahkan kepada keluarga dan sekolah bagi tujuan kaunseling. – BERNAMA

Kategori