Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Neymar Pemain Bola Sepak...

BINTANG Barcelona, Neymar masih kekurangan jumlah jaringan berbanding rakan sepasukan, Luis Suarez dan...

Tadika Perpaduan Perlu Dijenamakan...

PUTRAJAYA - Taman Bimbingan Kanak- Kanak (Tabika) Perpaduan perlu dijenamakan semula untuk terus...

Peluang Tentukan Arah Kiblat...

KUALA LUMPUR - Umat Islam di Malaysia berpeluang untuk memastikan arah kiblat di...

Pupuk Perpaduan Melalui Program...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan...

BR1M Bantuan Tunai Terbaik Untuk Golongan Miskin

KOTA MARUDU – BR1M atau Bantuan Rakyat 1Malaysia adalah pakej bantuan paling kreatif pernah dicipta bagi membantu keluarga berpendapatan rendah di negara ini.

Menyatakan demikian, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, “Ia (BR1M) bukan dedak atau satu bentuk rasuah, seperti mana didakwa oleh pembangkang”.

Beliau berkata sedangkan negara kaya seperti Arab Saudi pun kini dalam proses merangka bantuan seperti BR1M untuk rakyatnya demi membantu mengurangkan beban penduduk.

Anggota Parlimen Kota Marudu itu berucap pada majlis penyampaian baucer BR1M kepada penerima yang layak dari kawasan pilihan raya Tandek di sini semalam.

Beliau berkata, keseluruhannya sejumlah 32,199 orang layak menerima bantuan itu di Kota Marudu, bagi kawasan Tandek dan Matunggong.


Di bawah BR1M, keluarga dengan pendapatan isi rumah RM3,000 dan kurang layak menerima bantuan RM1,200; keluarga dengan pendapatan antara RM3,000 dan RM4,000 menerima RM900, dan bantuan RM450 diberikan kepada bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan kurang.

Terdahulu, Ongkili juga menyampaikan bantuan serupa dan kunci kepada 20 keluarga rumah panjang 20-unit pada majlis di Dewan Serba Guna Matunggong dekat sini. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • BR1M

Kategori