Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Baru 24 Tahun, Dah...

Kisah lelaki ini boleh dijadikan iktibar bagi sesiapa yang mahu meneroka keindahan dunia...

Angin Kencang, Laut Bergelora...

KUALA LUMPUR - Angin kencang timur laut dengan kelajuan 50 hingga 60 kilometer...

Skim Projek Perumahan Boy...

SKIM perumahan DBI Properties yang dimiliki oleh bekas pelakon, Boy Iman sebenarnya tidak...

Bakal Pengantin Diikat Di...

RIZHAO - Satu rakaman video yang viral menerusi media sosial di China memaparkan...

Budak Cedera Kena Tembakan Peluru Penabur

ALOR SETAR – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun cedera selepas terkena tembakan peluru penabur dilepaskan jirannya ketika menembak burung di Kampung Lubuk Keriang, dekat Langgar, di sini, petang semalam.

Mangsa, Nur Syahida Bakar, yang juga pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Tualang cedera terkena 13 peluru penabur di beberapa anggota badan, namun mangsa yang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, disahkan stabil.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin, berkata ketika kejadian, mangsa sedang makan di rumah yang terletak di kawasan tengah sawah, bersama ahli keluarga kira-kira jam 6.30 petang.

“Berdasarkan laporan bapa mangsa, 45, ketika sedang makan secara tiba-tiba terdengar bunyi letupan di dapur rumah dan sejurus diperiksa terdapat banyak kesan peluru bertabur di peti ais rumah yang turut mengenai muka serta badan anak perempuannya.

“Tidak lama kemudian dua lelaki yang tinggal berhampiran datang bersama sepucuk senapang meminta maaf kerana tersalah sasaran ketika menembak burung.


“Bapa mangsa kemudian tampil membuat laporan selepas tidak berpuas hati dengan tindakan itu yang membahayakan nyawa,” katanya.

Mohd Rozi berkata, selain empat kesan peluru pada dada, mangsa juga cedera di betis kanan, bahu kanan dan kepala.

“Sejurus menerima maklumat, pihak polis merampas senjata yang digunakan dalam kejadian itu bersama lesennya, namun soal siasat dilakukan mendapati pemiliknya, 74, tidak tahu senjata terbabit diambil dan digunakan anaknya, 52, bersama seorang rakan yang berusia 46 tahun.

“Kita juga menahan dua lelaki yang terbabit dalam kes melepaskan tembakan itu untuk siasatan mengikut Seksyen 37 Akta Senjata 1960,” katanya. – Berita Harian

Kategori