Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Melaka United Ikat Safiq...

MELAKA – Melaka United berazam mengorak langkah lebih jauh dalam saingan Liga Malaysia...

APMM P.Pinang Tahan Bot...

GEORGE TOWN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan empat nelayan...

Saintis Dakwa Varian Covid-19...

BEIJING – Sekumpulan saintis dari China memberi amaran berkenaan varian terbaharu Covid-19 dinamakan...

Serangan PH Terhadap FGV...

Sejak beberapa hari ini, boleh dilihat PH berusaha untuk menjatuhkan kredibiliti FGV dan...

Buka Hijab Ketika Berlakon, Zarina Mohon Maaf

SIAPA tak kenal dengan pelakon Zarina Zainuddin yang dilihat cukup tabah membesarkan anaknya, pasangan kembar autism, Azal dan Azil.

Selain sibuk berlakon, Zarina turut mengusahakan perniagaan pulut kuning yang kini semakin laris jualannya jika diperhatikan menerusi laman Instagramnya.

Walaupun namanya sebelum ini bersih daripada sebarang kontroversi hangat, namun Zarina tidak lepas dijadikan bahan kecaman netizen berikutan perbuatannya yang akan menanggalkan tudung sekiranya mendapat tawaran lakonan.

Menyedari kritikan itu, Zarina mengambil pendekatan dengan memohon maaf berhubung isu tersebut.

Menurut Zarina, dia sedar perbuatannya itu salah dari sisi agama dan pelakon wanita itu juga tidak sesekali menyalahkan orang lain selain dirinya sendiri.

“Sebelum ini saya pernah jelaskan, walaupun sudah berhijab, mungkin saya membuka tudung bagi sesetengah drama.

“Memang salah cara itu dan kalau nak diikutkan, berlakon juga tetap berdosa biarpun bertudung labuh.


“Maafkan diri ini seandainya ada pihak yang tidak senang melihat saya di kaca televisyen (TV) tanpa tudung bagi sesetengah drama.

“Suami saya pun tidak menggalakkan cara saya ini. Dia juga sudah berpesan, kalau boleh jangan buka tudung. Tindakan ini ialah salah saya sendiri,” katanya memetik BH Online.

Menurut pelakon berusia 46 itu lagi, keputusannya untuk berhijrah mengenakan hijab tidak bermakna dia sudah sempurna dari segala segi, sebaliknya baginya banyak lagi perkara yang perlu dipelajarinya sebelum benar-benar sempurna bergelar muslimah sejati. – MYNEWSHUB.CC

Kategori