Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Penjara 654 Tahun Menanti...

MUAR : Seorang bapa yang didakwa merogol dan mencabul tiga anak kandungnya hingga...

Najib Mohon Pindah 25...

KUALA LUMPUR - Permohonan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk...

Kehadiran Indra Akan Perkukuh...

GENTING HIGHLANDS - Pengarah teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Morten Frost Hansen percaya...

Debaran Anugerah Bola Sepak...

KUALA LUMPUR - Debaran Anugerah Bola Sepak Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016...

Bunuh Jong-nam: UK Akui Ujikaji Agen Saraf VX

KEMENTERIAN Pertahanan British mengakui pernah menjalankan ujikaji melibatkan agen saraf VX yang digunakan untuk membunuh Kim Jong-nam, adik tiri pemimpin tertinggi negara itu.

Ujikaji yang dijalankan secara berulang kali itu dijalankan di makmal rahsia negara berkenaan.

Pegawai kerajaan Korea Utara berkata, agen saraf VX adalah bahan kimia yang paling berkesan untuk menyebabkan kematian dan ia digunakan untuk menjalankan ujikaji ke atas haiwan di Porton Down, dekat Salisbury.

Keseluruhannya sebanyak 54 tikus dibunuh dalam ujikaji kementerian itu dalam usaha untuk menghasilkan penyembuh untuk agen saraf VX.

Ia juga telah diklasifikasikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai senjata pemusnah besar-besaran.

Saintis kementerian itu membunuh 29 tikus dengan agen saraf VX semasa menjalankan ujikaji pada 2015.


Seterusnya pada 2016, sebanyak 25 lagi haiwan itu mati sepanjang ujikaji yang dijalankan menggunakan agen saraf sama.

Pegawai berkenaan berkata, semua mamalia itu terdedah kepada bahan kimia itu apabila ia disapukan pada kulit haiwan berkenaan.

Susulan itu, darah dan tisu haiwan itu telah diambil untuk tujuan analisa biokimia. – Daily Mail/mStar Online

Kategori