Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Mazidul Akmal Makin Pulih...

SETELAH jatuh sakit diserang angin ahmar sekitar Jun lalu, keadaan kesihatan wartawan terkenal yang...

Hadi Awang Gesa Lulus...

Tindakan PAS meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP tanpa bahas dalam Muktamar Tahunan...

Dari Awal, KKM Minta...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) sejak dari awal lagi, melahirkan kebimbangan terhadap risiko...

PKS Sambut Baik Pemansuhan...

PETALING JAYA - Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) lega dengan keputusan Kabinet memansuhkan...

Cakra Khan Makan Sambal Pedas Untuk Suara Merdu

SELALUNYA jika dijangkiti radang tekak, doktor akan nasihatkan supaya kurangkan makan makanan pedas untuk mengelakkan gangguan suara. Tetapi lain pula halnya dengan penyanyi popular dari seberang, Cakra Khan.

Menurut penyanyi Indonesia itu, dia akan pastikan untuk membawa bekalan sambal pedas setiap kali mahu membuat persembahan secara langsung.

Katanya, sambal yang pedas menyengat itu akan membantunya mendapatkan suara yang lebih merdu ketika menyanyi di atas pentas.

Katanya kepada mStar Online: “Persiapan penting saya ialah pastikan bekalan cili yang cukup untuk makan pedas, selalunya saya akan bawa sambal dari Indonesia kerana makanan di sini (Malaysia) kurang pedas.

“Saya sudah beritahu pihak pengurusan, minta buat persediaan jika saya tertinggal sambal tersebut.

“Saya akan makan pedas sebelum menyanyi untuk mendapatkan suara yang bagus dan ringan sedikit, jika tidak suara saya berat,” ujarnya.

Cakra ditemui pada sidang media Konsert Nova 2017 yang diadakan di Hotel Royale Chulan, di sini, Selasa.

Dia bersama lima artis popular lain iaitu Judika, Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir, Azlan & The Typewriter dan Syahrini bakal menjayakan konsert berkenaan pada 5 Ogos depan di Stadium Malawati, Shah Alam.

Dalam pada itu, Cakra berkata, dia juga mengelak untuk berada bawah penghawa dingin sejam sebelum persembahan supaya kesihatannya tidak terjejas.


Sementara itu, bercerita tentang perkembangan terkini, Cakra berkata, dia baharu sahaja melancarkan single berjudul Kekasih Bayangan.

Jelasnya, lagu berkenaan merupakan sebuah lagu yang mempunyai persamaan dengan apa yang pernah dilalui baru-baru ini.

“Ya single ini saya pilih kerana mempunyai persamaan dengan rasa hati saya. Saya tahu orang yang dimaksudkan itu mendengar apa yang saya rasakan ini.

“Bila saya sering menyanyi lagu itu, sekurang-kurangnya beban dan rasa kecewa dalam diri saya berkurangan,” ujarnya, tanpa mendedahkan siapa individu tersebut.

Lagu Kekasih Bayangan menceritakan perasaan seorang yang menyimpan perasaan terhadap seorang sahabat yang sebenarnya tidak pernah mempunyai perasaan cinta kepadanya.

Tambah Cakra, lagu itu juga akan dinyanyikan pada Konsert Nova 2017. – MYNEWSHUB.CC

Kategori