Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Raja Baharu Arab Saudi...

RIYADH – Siapakah sebenarnya Raja Salman bin Abdul Aziz Al-Saud, iaitu raja baharu...

Polis Nafi Kepung Van...

BUKIT MERTAJAM - Polis menafikan berlaku kejadian culik di sebuah sekolah di Bukit...

FAM Bimbang Kemasukan Pengadil...

PETALING JAYA – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melahirkan kebimbangan syarikat pengurusan bebas...

Kami Ada Duit –...

IPOH : ‘Takkan kami berani jika tidak ada wang’.Demikian tegas Pengurus Impact Media...

Cheng Ho Belum Terima Tawaran Rasmi FAM

KUALA LUMPUR – Jurulatih Kedah, Tan Cheng Ho memaklumkan beliau masih belum menerima sebarang tawaran rasmi daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung perlantikannya sebagai Penolong Jurulatih Harimau Malaya.

Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) berkata, Cheng Ho memaklumkan perkara itu kepada Menteri Besar Kedah merangkap Presiden KFA, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah sewaktu beliau berjumpa dengan Ahmad Bashah bagi menjelaskan perkara itu hari ini.

“Cheng Ho bertemu dengan Presiden KFA DS di Pejabat Menteri Besar Wisma Darul Aman. Tujuan pertemuan bagi memaklumkan perkara sebenar mengenai kemelut perletakan jawatan beliau selaku jurulatih pasukan Kedah.

“Menurut Cheng Ho, beliau akan tetap mengemudikan pasukan Kedah seperti biasa sehingga mendapat kepastian hitam putih daripada KFA dan FAM. Sekiranya khidmat beliau ditagihkan oleh skuad kebangsaan beliau akan memberi khidmat untuk skuad negara,” kata KFA dalam satu kenyataan di laman Facebook pasukan itu hari ini.

KFA bagaimanapun menzahirkan harapan supaya isu yang timbul berhubung kedudukan Cheng Ho dalam skuad Kedah tidak memberi kesan negatif kepada pasukan itu dalam mengharungi baki Liga Malaysia musim ini kerana Kedah sekarang berada di landasan terbaik untuk melakar sejarah baru bola sepak negara.

Presiden FAM yang juga pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebelum ini memaklumkan bakal jurulatih pasukan kebangsaan, Mario Gomez memilih Cheng Ho untuk menjadi penolong beliau.


Pengumuman itu menimbulkan keresahan sebahagian besar penyokong bola sepak Kedah memandangkan Kedah berada pada prestasi terbaik dibawah bimbingan Cheng Ho.

Gomez bagaimanapun menafikan perkara itu dan turut menafikan beliau meminta gaji yang tinggi seperti didakwa oleh FAM. – MYNEWSHUB.CC

Kategori