Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Seluar Terlondeh Ketika Cuba...

SEORANG remaja lelaki terpaksa menanggung malu apabila seluarnya terlondeh semasa cuba bergambar 'selfie'...

Video: Kisah Murid Kudung...

RUNTUN hati kami tatkala mendengar luahan seorang kanak-kanak perempuan yang kudung tangan kanan...

UNIMAP Catat Sejarah Terima...

KANGAR - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mencatat sejarah tersendiri apabila menerima seorang pelajar...

Tourism Malaysia Lancar Pakej...

LABUAN - Tourism Malaysia Sabah memperkenalkan pakej pelancongan 'Best of Labuan 2015' bagi...

Ciplak Lagu, Ed Sheeran Setuju Bayar RM88 Juta

ENGGAN memanjangkan isunya didakwa menciplak lagu, penyanyi terkenal Ed Sheeran akhirnya mengambil jalan penyelesaian dengan membayar sebanyak £16 juta (RM88 juta) kepada dua komposer yang mengheretnya ke mahkamah iaitu Martin Harrington dan Thomas Leonard.

Martin dan Thomas pada Jun tahun lalu telah memfailkan saman terhadap Ed yang dituduh telah meniru lagu ciptaan mereka berjudul Amazing yang mempunyai banyak persamaan dengan lagu hit Ed berjudul Photograph.

Amazing dicipta terlebih dahulu pada tahun 2012 dan dinyanyikan oleh pemenang program realiti X-Factor, Matt Cardle.

Manakala Photograph pula hanya muncul di pasaran pada tahun 2014 menerusi album pertama penyanyi berusia 26 tahun itu yang berjudul X.

Hakim Mahkamah California, Amerika Syarikat mengesahkan kedua-dua pihak sudah menyelesaikan hal itu di luar mahkamah dan kes tersebut diisytiharkan sudah selesai. – MYNEWSHUB.CC

Kategori