Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Perpaduan Tonggak Keharmonian Malaysia...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata elemen perpaduan adalah penting...

2 Maut Kereta Bertembung...

ALOR SETAR - Dua lelaki maut selepas kereta dinaiki bertembung dengan sebuah treler...

Arab Saudi Henti Hantar...

DUBAI - Arab Saudi bertindak menghentikan sementara penghantaran minyak menggunakan laluan kapal di...

KKM Rampas Ubat Tidak...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merampas produk ubat tidak berdaftar bernilai...

Curi Minyak Wangi: 3 Rakan Dijel Sehari, Denda RM1,000

KUALA LUMPUR – Akibat mencuri lima botol minyak wangi pelbagai jenama, tiga rakan masing-masing dihukum penjara sehari dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhkan hukuman itu terhadap Yanti Eleena Mohamed Saleh, 32, Nor Afiyah Sulaeman dan Reni Atika Badu Rami masing-masing berumur 22 tahun selepas mereka mengaku bersalah mencuri lima botol minyak wangi bernilai RM1,872 di Parkson Sunway Velocity Mall, Cheras di sini antara 12.30 tengah hari dan 12.40 tengah hari, 5 April lepas.

Kesemua tertuduh yang bekerja sebagai perunding perniagaan, didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda.

Mahkamah memerintahkan kesemua tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap iaitu semalam, 5 April 2017 dan mereka boleh dipenjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda.


Kesemua tertuduh yang diwakili peguam, Suriati Arifin merayu supaya dikenakan hukuman paling minimum atas alasan itu adalah kesalahan pertama mereka manakala Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran. – BERNAMA

Kategori