Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

“Saya Tak Diculik Atau...

PIHAK polis Subang Jaya dalam satu kenyataan kepada sebuah akhbar tempatan telah menafikan...

Zambry Nafi ADUN Kubu...

IPOH - Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hari ini menyangkal desas-desus Anggota Dewan Undangan Negeri Kubu Gajah Ahmad Hasbullah Alias tidak mahu bertanding pada pilihan raya...

Cubaan Culik Pemimpin Negara:...

KUALA KUBU BHARU - Cubaan kumpulan militan DAESH untuk menculik beberapa pemimpin negara...

Jadual Padat, Yana Akui...

SELEPAS mendirikan rumah tangga dan dikurniakan cahaya mata, pelakon tinggi lampai Yana Samsudin...

“Dalam Proses, Tapi Belum Cerai” – Serina Redzuawan

SELEPAS beberapa lama bermain tarik tali tentang status rumahtangganya, Serina Redzuawan akhirnya membuka mulut bahawa dia dan suami sememangnya sedang mengalami krisis.

Bercakap dengan Astro Gempak, pelakon itu kini sedang berusaha untuk menyelamatkan perkahwinannya bersama suami, Gavin Edward atau nama Islamnya, Salahudin Ghaffar.

“Kami masih lagi dalam proses perbincangan dan belum naik mahkamah kerana perkahwinan merupakan sesuatu yang baik.”

Serina turut mendedahkan bahawa dia dan suami sedang dalam proses ‘ke arah itu’, sebelum menjelaskan maksud sebenarnya.

"Dalam Proses, Tapi Belum Cerai" - Serina Redzuawan

“‘Dalam proses’ bermakna masih belum bercerai kerana kami masih berbincang serta fikir betul-betul sebelum mengambil keputusan untuk berpisah.


“Dalam perkahwinan, tiada siapa mahu berkahwin dan kemudiannya bercerai.

“Justeru, kami mengharapkan doa yang terbaik daripada semua orang agar masalah yang kami hadapi dapat diselesaikan segera,” kata Serina.

Sementara itu, Serina menyangkal dakwaan yang menuduh punca kemelut perkahwinannya adalah disebabkan pembabitan orang ketiga.

Hasil perkongsian hidup sejak tahun 2010, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata lelaki dan perempuan iaitu Tristan Tareef dan Isabella Saffiya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori