Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kes Bunuh Di Relau...

BUTTERWORTH - Polis percaya kes bunuh di hadapan sebuah tokong di Taman Metropolitan,...

Boustead Pertimbang Jual BHPetrol...

KUALA LUMPUR: Boustead Holdings Bhd sedang mempertimbangkan untuk melupuskan perniagaan stesen minyaknya di...

Kertas Siasatan Tragedi Bot...

KOTA KINABALU - Kertas siasatan berhubung tragedi bot katamaran yang karam di perairan...

Kasut, Beg Tangan Milik...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini, hari ini diberitahu bahawa, 263 beg...

DAP Kecam Pengurusan Sekolah Tahfiz

KUALA LUMPUR – DAP mahu semua pihak yang bersalah di sebuah sekolah tahfiz di Kota Tinggi, Johor dikenakan tindakan tegas berikutan kematian seorang muridnya Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi.

Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Teo Nie Ching mendakwa, kematian Mohamad Thaqif Amin, 11, hari ini adalah disebabkan kesilapan pengurusan sekolah tahfiz tersebut.

“Insiden ini mesti disiasat secara menyeluruh. Mereka yang bersalah tidak boleh dilepaskan.

“Budak muda yang penuh dengan potensi serta masa depan yang terjamin telah pun meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Media hari ini melaporkan, Mohamad Thaqif Amin disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 2.05 petang tadi.

Allahyarham sebelum ini menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya akibat jangkitan kuman yang didakwa kesan akibat dipukul pembantu warden.


Kira-kira pukul 8 pagi tadi, Mohamad Thaqif Amin dijadualkan melalui proses pembedahan memotong tangan kanannya yang turut dijangkiti kuman sebelum dilaporkan terpaksa ditangguhkan atas faktor kesihatan jantung.

Nie Ching dalam pada itu mempersoalkan mengapa sekolah agama tersebut tidak menuruti peraturan ditetapkan Kementerian Pendidikan dalam menghukum pelajar. – MYNEWSHUB.CC

Kategori