Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Lelaki Masih Hidup Biarpun...

INSIDEN ngeri membabitkan kemalangan eskalator bukan lagi perkara baharu malah merupakan isu hangat...

Projek Terbengkalai Mukim Ijok,...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua suspek lelaki disyaki...

Raja Azmi Akui Sudah...

Setelah bercerai kali kedua dengan Mohd Eddie Ghazali, produser Raja Azmi Raja Sulaiman,...

Malaysia-Thai Banteras Seludup Daun...

HATYAI - Aktiviti penyeludupan daum ketum dari Malaysia ke Thailand di percayai didalangi...

Dapat Derma RM36,000 Ke Disneyland

LONDON – Seorang wanita yang dikecam selepas melancarkan laman kutipan derma untuk cuti bersama dua anaknya ke Disneyland akhirnya berjaya mengumpulkan £6,500 (RM36,000).

Nikki Smith, 33, digelar peminta sedekah selepas merayu bantuan £5,000 (RM27,617) untuk membawa dua anaknya ke Florida, Amerika Syarikat (AS) menerusi laman sesawang kebajikan, GoFundMe.

Dalam laman berkenaan, warga Britain itu memberitahu, dia tidak boleh kerja lebih masa kerana perlu menjaga dua anaknya dan mahu menunjukkan betapa dia menghargai mereka.

Bagaimanapun, dia terpaksa menutup laman berkenaan selepas hanya mengumpul £10 (RM55) dan dikecam serta dipersendakan pengguna Internet.

Nikki yang berasal dari Coalpit Heath, Bristol kemudian mengeluarkan kenyataan maaf yang menyentuh hati.

“Saya kini menyesal kerana menyatakan hasrat itu. Saya berharap saya tidak pernah memikirkannya.”

Namun, laman yang dilancarkan pada bulan lalu itu diaktifkan semula dan pekerja hospital berkenaan berjaya mengumpul derma sebanyak £6,500.


Ibu kepada dua anak perempuan masing-masing berusia 10 dan 12 tahun itu terkejut dengan jumlah berkenaan dan mengucapkan terima kasih kepada penderma.

“Terima kasih, terima kasih! Semua ini sangat bermakna kepada kami,” katanya dalam laman berkenaan.

“Semua penghinaan dan cercaan yang diterima, saya mula rasakan ia berbaloi untuk saya dan anak-anak,” katanya.

Laman berkenaan dikongsi lebih 21,000 kali dan seramai 127 individu yang membuat sumbangan kepada wanita itu. – Agensi/myMetro Online

Kategori