Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Kementerian Pendidikan Terima Peruntukan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) terus menerima peruntukan terbesar berjumlah RM52.6 bilion...

Harga Minyak Naik Lagi...

PUTRAJAYA – Harga runcit siling bahan bakar ditetapkan secara mingguan mulai 30 Mac...

“Saya Akan Buat Pengisytiharan...

KUALA LUMPUR - "Saya akan membuat satu akuan bersumpah bagi mengisytiharkan harta saya,"...

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bagi hari...

Datuk Seri, Anak Dibebas Dengan Jaminan SPRM

GEORGE TOWN – Seorang penasihat sebuah syarikat pemaju hartanah bergelar Datuk Seri dan anaknya bergelar Datuk, yang disiasat bagi kes skandal tanah di negeri ini, dibebaskan daripada tahanan reman hari ini.

Pendaftar Kanan Tertinggi Mahkamah Sesyen dan Majistret George Town Ahmad Tajudin Zain membenarkan penasihat berusia 74 tahun itu dan anaknya, 47, yang juga pengarah syarikat, dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masing-masing sebanyak RM100,000 dengan dua penjamin.

Bagaimanapun, prosiding hari ini dijalankan di sebuah hospital swasta kerana penasihat berkenaan dimasukkan ke hospital itu akibat mengalami tekanan darah tinggi pada Jumaat lepas.

Terdahulu, anak lelaki penasihat itu dibawa dari bangunan SPRM ke hospital berkenaan kira-kira 10.50 pagi tadi dan keluar dari bangunan hospital itu sejam kemudian.

Ahmad Tajudin tiba di hospital itu pada 11.30 pagi tadi.

Menurut kenyataan SPRM sebelum ini, dua beranak itu ditahan bagi membantu siasatan skandal tanah yang melibatkan sebuah yayasan berkepentingan Bumiputera di Pulau Pinang.


Mereka dipercayai telah menyalahgunakan kedudukan dan menjual tanah milik anak syarikat yayasan itu tanpa melalui proses dan tatacara yang ditetapkan dengan harga jauh lebih rendah berbanding harga asal.

Selain itu, perbuatan kedua-dua beranak itu juga dipercayai telah mengakibatkan kerugian bernilai jutaan ringgit kepada anak syarikat milik yayasan berkepentingan Bumiputera di negeri itu sejak beberapa tahun lepas. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPRM

Kategori