Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Ayah Dan Anak Bakal...

Jika ayahnya pernah digelar "Six Million Dollar Man", anaknya pula tidak kurang hebat...

Tinjauan Kali Kedua PM...

KUCHING - Kunjungan tinjauan mesra oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke...

Hanya Pasukan Kelantan Tiada...

KUALA LUMPUR - Menguruskan bola sepak Kelantan sangat sukar kerana Kelantan satu-satunya pasukan...

Bajet 2018: Kurangkan Kos...

PUTRAJAYA - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan agar pengurangan kos pengambilan...

Datuk Vida Kini Sah Bergelar Janda Lagi

JUTAWAN kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida hari ini sah bercerai talak satu dengan suaminya, Fairuz Ahmad Zainuddin.

Lafaz cerai tersebut dibuat oleh Fairuz sendiri di Mahkamah Syariah Ipoh, Perak, kira-kira jam 10 pagi Jumaat.

Diminta mengulas penceraiannya, pengasas produk Qu Puteh ini menyatakan sudah tiada kesepakatan antara mereka untuk bersama semula.

Datuk Seri Vida Sudah Bercerai?

“Saya yakin ini adalah jalan yang terbaik bagi kami. Saya juga percaya, setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.

“Perasaan saya bercampur baur dan sukar untuk saya gambarkan, tetapi saya bersyukur semua sudah berakhir,” katanya kepada BH Online.


Vida hadir ke mahkamah berpakaian serba hitam ditemani teman rapat dan pegawai peribadinya.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Januari 2014 dan hasil perkahwinan itu, mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Ini merupakan perkahwinan ketiga buat Vida. – MYNEWSHUB.CC

Kategori