Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

LGBT Takut Polis, Enggan...

Golongan LGBT yang menjadi mangsa keganasan atau diskriminasi lebih suka menderita dalam diam...

Gadis Gelandangan Diselamatkan Di...

TANAH MERAH - Seorang gadis berusia awal 20-an diselamatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)...

Ekonomi Malaysia Dalam Aliran...

PUTRAJAYA ā€“ Ekonomi Malaysia dalam aliran meningkat, dengan pelaburan bernilai tinggi memasuki negara...

Program Vaksinasi COVID-19 Negeri...

PUTRAJAYA - Proses vaksinasi bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Fasa 1 akan...

Datuk Seri Vida Sahkan Dah Bercerai

PENGASAS produk kesihatan dan kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida akhirnya membuat pengakuan bahawa beliau sudah bercerai dengan suaminya, Fairuz Ahmad Zainuddin.

Merasa terkesan dengan penceraian itu, Vida bagaimanapun mengunci mulut mengenai punca perpisahan mereka.

Memetik mStar, Vida berkata, “Ya. Hubungan kami ibarat sudah dihujung tanduk, terlalu rapuh.”

“Setakat ini, saya tak nak komen lebih-lebih nanti takut tersalah komen pula.

“Sudah tentu terkesan juga. Kalau boleh kita nak hubungan itu kekal abadi, tapi kita hanya merancang, Allah adalah sebaik-baik perancang-Nya,” katanya.


Baca:Ā Datuk Seri Vida Sudah Bercerai?

Susulan itu, Vida kini dilaporkan sedang melakukan proses penceraian secara rasmi.

Vida berkahwin buat kali ketiga dengan Fairuz pada Januari 2014. – MYNEWSHUB.CCĀ 

Kategori