Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

PRU14: DAP Tak Senaraikan...

PETALING JAYA – Anggota Parlimen DAP kawasan Kepong selama lapan penggal, Dr. Tan...

Peneroka Felda Terima ‘Durian...

KUALA LUMPUR – Lebih 112,000 peneroka Felda menerima ‘durian runtuh’ melalui enam inisiatif...

VIDEO: Beri Respon Terbaik,...

SEORANG lelaki yang menjadi saksi kepada sebuah kemalangan yang melibatkan seorang pihak polis...

OKU Gembira Terima Kunjungan...

BACHOK - Wanita Orang Kelainan Upaya (OKU) tidak menyangka Perdana Menteri Datuk Seri...

Dewan Ulama PAS Lulus Usul Putus Hubungan PKR

ALOR SETAR – Dewan Ulama PAS hari ini, meluluskan usul untuk memutuskan ‘tahaluf siyasi’ atau kerjasama politik dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali, berkata usul itu diterima tanpa bahas dan akan dirujuk terus kepada Majlis Syura Ulama (MSU).

“Kita bersetuju untuk mengusulkan tahaluf siyasi dengan PKR diputuskan… tiada lagi nak kaji-kaji, namun ia tertakluk kepada keputusan MSU mengikut peruntukan perlembagaan PAS,” katanya.

Mohd. Khairuddin menegaskan perkara tersebut pada sesi pembentangan usul sempena Muktamar Dewan Ulama PAS Ke-56 di sini, petang Khamis.

Terdahulu, perwakilan Negeri Sembilan, Mohamad Husaini Husin, ketika membentangkan usul berkenaan berkata tiada istilah ‘mengkaji’, sebaliknya pucuk pimpinan parti perlu terus memutuskan hubungan dengan PKR.

Katanya, PAS sudah bersabar lebih dua tahun dengan ‘menadah muka’ menerima pelbagai cercaan, kritikan terbuka dan tikaman rakan tahaluf siyasi.


“Saya nak jelaskan bahawa apa yang diminta kali ini bukan lagi mengkaji, tetapi untuk memutuskan terus terus hubungan PAS dengan PKR.

“Memang perceraian itu dibenci di sisi agama, tetapi kita nak buat macam mana lagi kalau setiap hari PAS diperlakukan seperti bukan rakan tahaluf siyasi.

“Oleh itu jangan tunggu-tunggu lagi, sebaliknya jatuhkan talak terus,” kata Mohamad Husaini. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori