Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Lagu Negaraku Sudah Diwartakan,...

SHAH ALAM - Lagu Negaraku tidak boleh diubah kerana ia telah diwartakan dalam...

Mangsa Ke-11 Insiden Tembakan...

GLOBAL | Mangsa kesebelas kejadian tembakan di Monterey Park di California, Amerika Syarikat...

Boleh Ziarah Kubur, Tapi...

KUALA LUMPUR - Aktiviti ziarah kubur pada Hari Raya dibenarkan tetapi orang ramai...

Penumpang Cemas Bas Ekspres...

GEORGE TOWN - Seramai 27 penumpang dan pemandu bas menjadi cemas apabila bas...

Disimbah Asid Oleh Ex-BF, Ratu Cantik Dedah Wajah

SETELAH tiga bulan tragedi hitam dalam hidupnya berlalu, seorang ratu cantik akhirnya memiliki kekuatan ditemu bual sekali gus mendedahkan wajah hodohnya buat pertama kali di televisyen.

Gessica Notaro, 27, yang cacat muka akibat disimbah asid teman lelakinya; merupakan peserta akhir pertandingan Ratu Cantik Itali 2007, muncul ditemu bual menerusi program Maurizio Costanzo terbitan stesen Canale 5.

Disimbah Asid Oleh Ex-BF, Ratu Cantik Dedah Wajah

Disimbah Asid Oleh Ex-BF, Ratu Cantik Dedah Wajah

“Saya mahu awak semua lihat apa yang dia lakukan kepada saya. Ini bukan sesuatu dinamakan cinta,” katanya kepada pengacara sambil menanggalkan kain yang menutupi wajahnya.

Gessica diserang dengan cecair berasid oleh bekas teman lelakinya sendiri, Tavares pada 10 Januari lalu.

Akibat insiden itu, kulit wajah gadis jelita ini melecur teruk selain matanya terpaksa menjalani pembedahan untuk menyelamatkan mata sebelah kirinya.

Mereka dikatakan berpisah pada Ogos 2016. Namun, kerana terlalu cemburu dan tidak puas hati kepada Gessica, Tavares bertindak mencurahkan asid pada wajahnya.

Sementara itu, dalam temu bual eksklusif tersebut, wanita ini akui masih lagi trauma dengan insiden berkenaan sehingga dia takut untuk keluar rumah.


Disimbah Asid Oleh Ex-BF, Ratu Cantik Dedah Wajah

“Sewaktu dia mencurahkan asid ke muka saya, saya melutut dan berdoa supaya mata saya tidak buta.

“Saya juga telah dikurung selama dua bulan di dalam hospital dan hanya boleh bercakap dengan ibu saya menerusi tingkap cermin,” katanya seperti yang dipetik Daily Mail.

Gessica, yang bekerja sebagai pelatih singa laut kini dalam proses pemulihan wajahnya.

Sementara, teman lelakinya kini didakwa di sebuah mahkamah atas perbuatan itu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori