Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Gabungan MB & Bekas...

CHUKAI - Gandingan menteri besar Terengganu dengan dua bekas menteri besar negeri ini...

Najib Fail Petisyen Pengampunan,...

KUALA LUMPUR - Status bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai...

Penduduk Taman Serdang Harap...

BANDAR BAHARU - Penduduk Taman Serdang, di sini berharap pihak berkuasa akan segera...

N.Sembilan Tetap Kadar Zakat...

SEREMBAN - Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS) menetapkan kadar zakat fitrah bagi negeri...

Ditinggal Suami Kerana Penyakit, Akhirnya Terbela

DITINGGALKAN suami akibat penyakit Lymphatic Filariasis yang mengakibatkan sebelah kakinya membengkak, nasib Juan Suwanchatree, 44, akhirnya terbela apabila ada insan yang sudi membantunya mendapatkan rawatan pakar.

Juan, yang berasal dari Thailand, mula mengalami penyakit berkenaan sejak dua tahun lalu.

“Saya bertemu doktor yang telah memberikan ubat kepada saya namun ia tidak berkesan sebaliknya kaki saya semakin membengkak.

“Saya juga telah mencuba ubat tradisional namun tidak berkesan,” kata Juan.

Wang simpanannya juga telah habis dibelanjakan untuk rawatan dan bagi menyara hidupnya, dua anaknya terpaksa berhenti sekolah dan bekerja mengambil upah menoreh getah.

Ketika mereka keluar bekerja, Juan dijaga oleh ibu bapanya yang telah tua. Namun nasib baik adalah Bhin yang sering mengembara ke seluruh Thailand bagi membantu golongan miskin, muncul di saat Juan memerlukannya.


Bhin telah memberikan wang kepada Juan untuk rawatan namun percaya wanita itu akan memerlukan wang tambahan untuk rawatan susulan.

Justeru Bhin telah melancarkan kempen membantu wanita berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori