Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

240 Kes HFMD Meningkat...

LABUAN - Jumlah kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di pulau bebas...

PKR Tidak Patut Salahkan...

PUTRAJAYA - PKR tidak sepatutnya menuding jari terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung...

2 Ditahan Ajar 3...

DUA wanita ditahan selepas mereka didakwa merakam video adegan tiga kanak-kanak diajar menghisap...

Peguam Jangan Pandang Remeh...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) membidas tindakan segelintir peguam yang mempersoalkan...

DJ Disko Biadab Adun Azan Dengan Irama Remix

TUNIS – Sebuah kelab malam di Tunisia diarah tutup setelah tular satu rakaman menunjukkan aksi biadab seorang DJ tempatan memainkan irama remix disko dengan tambahan unsur suara azan.

Video yang didedahkan sejak 2 April itu merupakan sebahagian daripada peristiwa ketika Festival Orbit di bandar Nabeul, 63 kilometer dari ibu kota Tunis; sehingga mencetuskan kemarahan netizen media sosial negara itu.

Susulan insiden itu, Gabenor Nabeul, Mounaouar Ouertani mengarahkan kelab berkenaan segera ditutup sehingga pemberitahuan lebih lanjut manakala pihak polis sudah mula melakukan penyiasatan terhadap kejadian tersebut.

Dalam rakaman itu, kelihatan para pengunjung kelab dalam pesta pada Jumaat malam tersebut, menari rancak dengan iringan muzik dimainkan oleh dua DJ dari Eropah, dekat Hammamet, sebuah resort tepi laut yang popular.

Muzik yang mengiringi pengunjung itu mengandung beberapa bahagian daripada suara azan. Pengurus kelab itu ujar Maunaouar, juga telah ditahan polis atas kesalahan pelanggaran akhlak dan ketenteraman awam.

“Setelah mengesahkan fakta-faktanya, kami memutuskan untuk menutup sahaja kelab malam ini. Kami tidak akan membiarkan serangan terhadap perasaan keagamaan dan hal-hal yang disucikan dalam agama,” tegas beliau.

Pada Isnin, penganjur Festival Orbit memohon maaf menerusi halaman Facebook rasmi acara itu. Namun, mereka mengaku tidak bertanggungjawab pada aspek bahan pengisian yang dimainkan oleh DJ terbabit sepanjang acara.


Sementara itu, DJ yang mencetuskan masalah tersebut dilaporkan tidak menyedari bahawa hal berkenaan mungkin menyinggung perasaan masyarakat tempatan di sebuah negara Arab Muslim terletak di rantau Afrika Utara.

Mereka berdua dalam muat turut secara bersama menerusi akaun media sosial berbahasa Perancis itu kemudian memohon maaf secara peribadi kepada seluruh rakyat Tunisia yang pernah dijajah negara Eropah tersebut.

“Saya meminta maaf kepada sesiapa pun yang mungkin tersinggung oleh muzik yang saya mainkan ketika Festival Orbit di Tunisia pada hari Jumaat berkenaan,” ungkap Dax J yang dipetik stesen penyiaran antarabangsa BBC.

“Saya sebenarnya tiada niat langsung untuk menyinggung atau menyebabkan sesiapa pun berasa terhina,” katanya  yang berasal dari London, Britain sebelum kini menetap di Berlin, Jerman. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori