Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Harga Kit Ujian Kendiri...

KUALA LUMPUR - Harga kit ujian kendiri Covid-19 yang sedia ada akan diturunkan...

Polis Hentikan Siastan Dakwaan...

SHAH ALAM - Polis telah menghentikan siasatan berhubung laporan polis dibuat Naib Ketua...

PRU-15: ‘Sungai Buloh Amat...

Seremban : Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan menangkis dakwaan...

Lan Pet Pet Dipuji,...

SALAH seorang pelawak dari kumpulan Senario, Lan Pet Pet menerima pujian melangit kerana tindakan...

2 Lagi Suspek Bunuh 5 Sekeluarga Ditangkap

MEDAN – Dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian pembunuhan kejam lima sekeluarga di Sumatera Utara, Indonesia kelmarin telah berjaya ditahan polis.

Ketua Polis daerah Sumatera Utara, Rina Sari Gintang berkata dua lelaki berusia 20-an itu ditahan di sebuah kawasan perumahan di Lubuk Pakam, Deliserdang, petang semalam.

Dalam serbuan yang dianggotai unit gabungan polis daerah Lubuk Pakam dan pasukan Medan Deli, Roni, 21 dan Andi Syahputra, 27 ditembak di kedua-dua bahagian kaki ekoran cuba bergelut dengan anggota polis kira-kira jam 3.45 petang.

“Suspek harus merasakan ‘timah panas’ di kedua-dua kakinya ekoran tidak memberikan kerjasama kepada anggota polis,” kata Rina memetik Tribunnews.

Roni turut difahamkan mempunyai hubungan pertalian dengan mangsa pembunuhan dan dia merupakan anak saudara kepada dalang utama, Andi Lala.

2 Lagi Suspek Bunuh 5 Sekeluarga Ditangkap

Baca: ‘Andi Lala’ Suspek Bunuh 5 Sekeluarga Di Medan

Menurutnya, kedua-dua suspek lelaki itu dipercayai bersekongkol dengan Andi dan diberikan upah sebanyak 500 ribu rupiah.

Sementara itu, jurucakap Polis Bahagian Siasatan Jenayah Medan Deli, Agus Andrianto mengatakan motif pembunuhan kejam itu berpunca daripada suspek yang ingin menguasai hasil gadaian tanah pusaka keluarga mangsa yang bakal dijadikan lebuh raya.


Kata Agus, dendam antara kedua belah saudara itu menjadi puncak apabila mangsa, Herianto dikatakan tidak memberikan sebarang wang hasil daripada penjualan tanah pusaka itu kepada Andi.

Bagaimanapun, ia tidak diketahui sama ada Andi mempunyai hak memiliki hasil jualan tanah pusaka tersebut.

Seorang penduduk kampung di kawasan Andi memberitu, dia bekerja sebagai mekanik motosikal dan isterinya pula tidak bekerja.

Pasangan suami isteri itu juga dikatakan kerap bergaduh ekoran masalah kewangan dan beban hutang yang ditanggung oleh mereka. – MYNEWSHUB.CC

Kategori