Wednesday, January 29, 2025

Creating liberating content

Sirhajwan Guru Hebat Harumkan...

SIAPA sangka seorang guru berjaya mengharumkan nama negara apabila memenangi anugerah Community Award...

Dua Letupan Di Ibu...

ACCRA - Lori tangki yang mengangkut gas asli terbakar di ibu kota Ghana,...

Lebih Baik BR1M Daripada...

KUALA LUMPUR - Pemberian Program Subsidi Petrol (PSP) dilancarkan kerajaan semalam memperuntukkan RM1...

Lelaki OKU Ditemui Mati...

KOTA BAHARU - Seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) ditemui mati lemas dalam...

Dua Wakil Malaysia Tersingkir Pada Kejohanan Asia

KUALA LUMPUR – Dua wakil negara, termasuk pasangan beregu wanita, ditunjuk jalan keluar selepas hanya mencatat satu kemenangan pada pusingan awal Kejohanan Badminton Asia yang berlangsung di Gimnasium Pusat Sukan Wuhan di China, hari ini.

Naib juara remaja dunia 2015, Lee Ying Ying menewaskan Domou Amro dari Jordan 21-6 dan 21-8, namun tumpas 19-21 dan 13-21 kepada pemain Korea Selatan, Lee Jang Mi pada aksi kedua Kumpulan B, demikian menurut laman web Persekutuan Badminton Dunia (BWF) www.bwfbadminton.org.

Pasangan beregu wanita negara, Lim Pey Zhean-Payee Lim Peiy Yee juga menerima nasib yang sama apabila mencatat satu kemenangan dan satu tewas pada saingan Kumpulan B.

Gandingan Malaysia itu tumpas 13-21 dan 14-21 kepada Cheng Yu Chieh-Hu Ling Fang dari Taiwan, sebelum mengalahkan Kuan Chi Leng-Ng Weng Chi dari Macau 21-12 dan 21-16 dalam aksi kedua pusingan awal.


Berdasarkan format kejohanan, hanya juara setiap empat kumpulan, akan mara ke pusingan pembukaan kejohanan berkenaan, esok.

Beberapa pemain terbaik Malaysia termasuk juara bertahan, Datuk Lee Chong Wei akan memulakan kempen mempertahankan kejuaraannya, menentang pemain kurang ternama dari Jepun, Kazumasa Sakai manakala juara remaja dunia 2015, Goh Jin Wei akan berdepan tugas sukar bertemu pilihan kedua, Akane Yamaguchi, juga dari Jepun, pada pusingan pembukaan, masing-masing dalam acara perseorangan lelaki dan wanita. – BERNAMA

Kategori