Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Tangkap Jerung Di Galapagos,...

QUITO - Sebuah mahkamah di Ecuador menjatuhkan hukuman penjara serta denda terhadap anak...

Pribumi Sabah Bersedia Tenangkan...

KOTA KINABALU - Masyarakat pribumi Sabah sedang memuktamadkan persediaan untuk mengadakan ritual bagi...

Transaksi RFID Di 10...

KUALA LUMPUR - Transaksi tol menerusi Pengenalan Frekuensi Radio (RFID) Touch ā€˜n Go...

VTL Pulau Pinang-Singapura Bermula...

GEORGETOWN : Kerajaan Malaysia dan Singapura mencapai persetujuan bersama memperluaskan Laluan Perjalanan Lengkap...

Elak Budaya Politik Tidak Sihat, Lobi Melobi

TAWAU – Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah Datuk Hamisa Samat mengingatkan rakan seperjuangan dalam UMNO di semua peringkat agar mengelakkan budaya politik tidak sihat termasuk amalan lobi melobi yang keterlaluan.

Beliau berkata, memandangkan pemilihan calon akan diadakan menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14), budaya tidak sihat itu hanya memberi gambaran negatif terhadap parti selain turut akan memecahbelahkan UMNO.

“Menjelang PRU semua mahu jadi calon tetapi berpolitiklah secara sihat, terpulang kepada kepimpinan tertinggi menilai gerak kerja anggotanya yang layak menjadi calon,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis makan malam amal anjuran Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia cawangan Tawau di sini, malam tadi.

Menurutnya, yang penting adalah kebersamaan anggota UMNO untuk menghadapi PRU14 akan datang, sekali gus memastikan kemenangan Barisan Nasional.


Hamisa yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjong Batu berkata, politik yang stabil merupakan kunci kepada pengekalan perpaduan rakyat di negara ini.

“Berpolitik perlu berpaksikan rakyat kerana kita mahu membantu rakyat,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • UMNO

Kategori