Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Konsert Artis Tajaan Syarikat...

PETALING JAYA - Mana-mana acara kesenian yang ditaja oleh syarikat perjudian ataupun arak...

Ops BAH: 57 Individu...

KUALA LUMPUR - Empat remaja merupakan antara 44 individu yang ditahan dalam operasi...

“Fikirkan Rakyat, Bukan Pilihan...

KUALA LUMPUR - Keutamaan perlu diberi terhadap usaha mengawal penularan pandemik COVID-19 dan...

Menteri: Pencarian MH370 Tak...

Menteri Pengangkutan Anthony Loke menegaskan bahawa dia tidak akan sesekali menghentikan usaha mencari...

Emirates ‘Troll’ CEO United Airlines Dalam Iklan Baru

KETIKA seluruh dunia tertumpu pada isu seorang penumpang diheret dalam pesawat United Airlines, Emirates bijak merebut peluang dengan melakukan serangan balas terhadap syarikat itu.

Emirates menerusi satu iklan komersial yang dikeluarkan pada Selasa, telah menyiarkan semula kenyataan CEO United Airlines, Oscar Munoz pada bulan Mac bahawa ‘syarikat penerbangan Gulf (seperti Emirates) sebenarnya bukan syarikat penerbangan’.

Membalas kenyataan itu, Emirates dengan sinis menggunakan anugerah yang baharu sahaja diterimanya dari laman pelancongam terkenal, TripAdvisor, pada Isnin lalu untuk menunjukkan bahawa ‘mereka sebenarnya adalah syarikat penerbangan terbaik’.

Selain itu, Emirates turut mempamerkan slogan terkenal United Airlines iaitu ‘Fly the friendly skies’ namun diubah kepada ‘Fly the friendly skies… THIS TIME FOR REAL’.

Baru sehari sahaja dimuat naik, video sindiran itu telah di-retweet sebanyak 6,700 kali.


Sebelum ini, Munoz menyalahkan penumpang tersebut sebagai agresif dan di luar jangkaan.

Bagaimanapun, susulan kemarahan netizen semakin memuncak, Munoz akhirnya membuat permohonan maaf berikutan isu tular tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Kategori