Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Cuaca Di Pagi Raya...

KUALA LUMPUR - Cuaca pada keseluruhannya diramal baik pada pagi hari raya yang...

UMNO Johor Sokong Penuh...

JOHOR BAHRU : UMNO Johor menzahirkan sokongan penuh kepada kepemimpinan Datuk Onn Hafiz...

Harga 800 Ubat Meningkat...

NEW DELHI – Pihak Berkuasa Harga Farmaseutikal Kebangsaan (NPPA) India memaklumkan bahawa harga...

Kes Sanusi Dipindah Ke...

SELAYANG: Mahkamah Sesyen Selayang di sini hari ini, mengosongkan tarikh perbicaraan membabitkan dua...

Emma Maembong Tak Kisah Lakonan Dikritik

AKTRES Emma Maembong tidak ambil hati sekiranya lakonannya dikritik, malah tindakan itu dialu-alukan.

Menurut Emma, 25, pengalaman berlakon filem Kimchi Untuk Awak arahan Micheal Ang yang dikenali sebagai seorang pengarah yang lantang menyuarakan pendapat menjadikan dia lebih bersemangat untuk memperbaiki mutu lakonannya.

“Sebab itulah saya suka bekerja dengan Micheal. Dia merupakan seseorang yang akan memberikan kritikan membina. Caranya mungkin sedikit kasar, namun dia akan memberi tunjuk ajar sehinggalah dia dapat lihat perubahan dalam kualiti lakonan,” kata Emma.

Emma Maembong Tak Kisah Lakonan Dikritik
Emma bergandingan dengan Aiman Hakim Redza dalam filem komedi romantik, Kimchi Untuk Awak.

Meskipun Micheal bermulut ‘lancang’ namun itu tidak mematahkan semanat Emma, malah dia mendedahkan bahawa mereka akan bekerjasama lagi di masa hadapan dalam sebuah filem bergenre komedi seram.

Tambah Emma lagi, jika berlakon di bawah sutradara lain pun, dia tidak mudah terasa hati terhadap kritikan pedas mereka.

“Saya akan mendengar kritikan mereka dengan berhati-hati. Kemudian, balik rumah nanti saya akan tonton kembali lakonan saya untuk melihat di mana silap saya. Saya belajar untuk lihat di mana saya boleh perbaiki mutu lakonan saya.”


Sementara itu, Emma berkata dia teringin untuk diberikan watak yang berbeza daripada kebiasaannya.

Sering mendukung watak gadis sopan-santun dan baik, aktres kacukan Melayu-Irish ini mengimpikan watak jahat pula.

“Sudah 4 tahun saya berada di dalam industri ini dan saya tidak pernah sekali pun ditawarkan watak orang jahat. Saya betul-betul ingin memainkan karakter yang dibenci. Saya suka cabar diri saya sendiri,” katanya, menutup perbualan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori