ANKARA – Presiden Tayyip Erdogan mengisytiharkan menang pungutan suara yang memberi kuasa lebih besar kepada presiden dengan meraih 51.7 peratus jawapan ‘Ya’ berbanding 47.3 peratus ‘Tidak’.
Pindaan 18 perlembagaan yang akan bermula selepas pilihan raya akan datang, dijadual pada 2019, akan menghapuskan perdana menteri dengan semua kuasa dipindahkan kepada presiden.
Keputusan rasmi akan diumumkan dalam masa 11 hingga 12 hari.
Erdogan berkata, keputusan pungutan suara itu menunjukkan 25 juta orang menyokong cadangannya untuk menggantikan sistem parlimen yang menghapuskan perdana menteri.
Selepas ini, presiden boleh membentuk kabinet dan melantik timbalan presiden serta memilih atau memecat pegawai kanan kerajaan tanpa memerlukan kelulusan parlimen. – Reuters/myMetro Online