Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

1MDB: Pegawai Kanan Goldman...

WASHINGTON - Rizab Persekutuan mengharamkan bekas pegawai Goldman Sachs Inc, Andrea Vella daripada...

Mindef Digesa Siasat Kebocoran...

KUALA LUMPUR - Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) hari ini menggesa Kementerian Pertahanan menyiasat...

5,000 Peminat Diundang Ke...

PEMINAT tegar pasangan sensasi, Fattah Amin dan Fazura boleh mula bersiap siaga untuk...

Jabatan Pertanian Mulakan Kempen...

KUALA TERENGGANU - Jabatan Pertanian Terengganu kini giat menjalankan kempen membendung, mengawal dan...

Erra Kata Aleesya Sudah Selalu Minta ‘Adik Baru’

BARU-BARU ini primadona sinema tanah air, Erra Fazira telah mengadakan party hari lahir puteri tunggalnya, Engku Aleesya Engku Emran yang ke-8 di Menara Kuala Lumpur.

Setelah tiga tahun berpisah dengan bekas suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin, Erra dilihat masih selesa hidup solo. ‘Terlalu’ selesa, sehinggalah Aleesya meluahkan dia mahu adik baru!

Agaknya sudah bosan bermain seorang dan mahukan teman, Aleesya sering meminta seorang lagi adik kepada Erra dan Erra pula memahami mengapa anak perempuan kesayangannya membuat permintaan begitu.

“Saya terangkan kepadanya bahawa jika bukan saya yang akan ‘memberikannya’ adik baru, mungkin ayahnya yang akan menunaikan keinginannya itu,” kata Erra.

Dalam pada itu, Erra meluahkan perasaan gembira dan bangganya melihat Aleesya membesar di depan mata.

Erra Kata Aleesya Sudah Selalu Minta 'Adik Baru'

Erra Kata Aleesya Sudah Selalu Minta 'Adik Baru'


Erra Kata Aleesya Sudah Selalu Minta 'Adik Baru'

“Pantas masa berlalu, Aleesya kini sudah berusia 8 tahun. Saya lihat ada banyak perbezaan pada dirinya, dan yang paling penting, dia membesar sejajar dengan usianya.

“Alhamdulillah, Aleesya juga tidak merasai kekurangan malah memahami situasi ibu bapanya tidak lagi hidup bersama,” tambah Erra lagi.

Majlis hari jadi yang mengangkat tema Party Like A Rock Star itu turut dihadiri oleh rakan-rakan artis seperti Datin Umie Aida, Datuk Zahida Rafik, Yana Samsudin dan Fadzil Zahari, selain bapa Aleesya iaitu Engku Emran serta rakan-rakan sekelasnya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori