Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

5,139 Kes Covid-19 Dicatatkan...

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 kekal melepasi angka 5,000 hari ini dengan 5,139 kes...

PN Muktamad Agihan Kerusi...

PAGOH : Perikatan Nasional (PN) akan memuktamadkan agihan kerusi bersama parti komponennya bagi...

Pahang Lulus Enakmen Salah...

KUANTAN - Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang hari ini sebulat suara meluluskan Enakmen...

100 Rakyat Malaysia Cenderung...

KUALA LUMPUR - Pemantauan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan masih terdapat kira-kira 100...

Exco Johor Didakwa 33 Tuduhan Rasuah

JOHOR BAHRU – Exco kerajaan negeri, Datuk Abd Latif Bandi bersama seorang perunding hartanah hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 33 pertuduhan membabitkan rasuah bernilai RM30.3 juta.

Tertuduh, 51, bersama Amir Shariffuddin Abd Raub, 44, masing-masing berdepan 33 pertuduhan membuat pengakuan itu apabila pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir.

Mengikut kertas pertuduhan, Abd Latif didakwa bersubahat dengan Amir untuk menerima rasuah daripada beberapa individu bagi mendapatkan kelulusan pelepasan sejumlah rumah lot Bumiputera kepada pembeli awam, serta pengurangan bayaran wang sumbangan Tabung Perumahan Negeri Johor bagi Projek Eco Botanic, Pulai.

Amir pula dituduh menerima rasuah daripada beberapa individu sebagai upah untuk dirinya dan Abd Latif untuk melakukan apa-apa transaksi yang sebenarnya dengan badan awam iaitu mendapatkan kelulusan pelepasan sejumlah rumah lot Bumiputera itu, dan pengurangan bayaran wang sumbangan tabung berkenaan. – BERNAMA

Kategori