Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Penolong Pegawai Pertanian Maut...

IPOH - Seorang penolong pegawai Jabatan Pertanian Kelantan maut manakala tujuh lagi cedera...

Cara Mat Sabu Kritik...

PAS Selangor menyifatkan tindakan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengkritik Datuk Seri Abdul...

Kerajaan Campuran Itu Cuma...

KUALA LUMPUR - Kerajaan campuran antara UMNO dan PAS hanya spekulasi kerana buat...

Penerbangan Sulung Pesawat Komersial...

OTTAWA - Pesawat komersial elektrik pertama di dunia melakukan ujian penerbangan sulungnya semalam...

Fahrin Ahmad Tidak Tergugat Kebanjiran Hero Kacak

KEBANJIRAN ramai hero muda dan kacak ketika ini tidak sedikit pun menggugat kedudukan pelakon senior seperti Fahrin Ahmad.

Bagi Fahrin, 38, berdasarkan pengalamannya, setiap watak dalam sesebuah drama atau filem mempunyai karakter tersendiri yang hanya sesuai dilakonkan oleh pelakon yang memiliki raut wajah tertentu.

“Memang sekarang ini trend kebanyakan drama menampilkan hero yang berwajah ‘jambu’. Saya yakin ia sesuai dilakonkan oleh mereka yang mempunyai pakej seperti itu mengikut jalan cerita sesebuah drama.

Fahrin Ahmad Tidak Tergugat Kebanjiran Hero Kacak
Fahrin terpaksa membahagikan masa antara keluarga dan kerjaya dalam bidang hiburan.

“Itu adalah kelebihan dan rezeki mereka. Lagipun kebanyakkan drama yang ada sekarang berkisar tentang kisah percintaan golongan muda dan remaja,” katanya kepada mStar Online.

Fahrin mengulas mengenai nasib pelakon senior yang berwajah maskulin sepertinya yang dilihat lebih terbatas dalam industri hiburan pada masa ini.

Bagaimanapun tambah Fahrin, dia menyifatkan dunia hiburan lebih ceria dengan kehadiran ramai pelakon baharu yang semakin melonjak naik dengan bakat masing-masing selain berbekalkan pakej daripada sudut rupa paras.

“Itu rezeki mereka kerana setiap penerbit dan stesen televisyen mempunyai strategi masing-masing untuk menaikkan rating drama dan filem,” katanya.


Sementara itu ditanya mengenai kariernya dalam bidang lakonan dan pengacaraan, Fahrin mengakui rezekinya tidak seperti pada awal kemunculan dahulu.

“Sekarang saya lebih utamakan kepada keluarga, tambahan pula apabila mempunyai anak kecil… jadi fokus sudah berubah.

“Bukan tidak ada tawaran, tetapi saya perlu selektif terutamanya dari segi masa.

“InsyaAllah bulan puasa ini ada beberapa drama lakonan saya akan ditayangkan di televisyen,” katanya. – mStar Online

Kategori