Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Penyanyi Kahwin Dua, Belasah...

HABIS manis sepah dibuang. Begitulah ibaratnya apa yang berlaku terhadap isteri kepada vokalis sebuah...

Isteri Rakam Saat Dia...

MENAKUTKAN... Seorang wanita, Willyene Mathias sempat merakamkan saat kematian di tangan suami sendiri...

Aksesori Comel Mengubah Peranti...

FUNGSI lampu suluh pada peranti pintar adalah sangat penting bagi kami.Buat golongan yang...

Rusia Undur Tentera Dari...

MOSCOW : Rusia mula mengundurkan pasukan tenteranya dari Kyiv selepas mengumumkan akan ‘mengurangkan...

Farhan Menyanyi Biarpun Masih Berpantang

WALAUPUN masih berpantang selepas melahirkan bayi sulungnya pada 17 Mac lalu, penyanyi Farhan Azizan membuat kejutan dengan hadir pada satu majlis di sebuah hotel di ibu negara baru-baru ini.

Media tempatan melaporkan, kehadiran bekas peserta realiti Akademi Fantasi 4 ke majlis tersebut sebagai memenuhi jemputan sahabat baiknya untuk membuat persembahan.

Farhan, 32, menjelaskan dia sudah mendapatkan nasihat doktor sebelum membuat persembahan itu.

“Selain sudah mendapat kebenaran daripada doktor yang merawat saya ketika bersalin, saya juga sudah lama berjanji dengan rakan yang menganjur program itu.

“Saya tetap menjaga pantang dengan berstokin dan pemakanan,” katanya yang akan kembali aktif bulan depan.

Menurut Farhan, penganjur turut menyediakan makanan yang boleh dimakannya memandangkan Farhan masih dalam tempoh berpantang.

Jelasnya, kelahiran Souffea Zulaeqha melalui pembedahan dan dia kini berpantang dengan mengabungkan cara moden dan tradisional.


“Doktor memaklumkan dalam masa 10 hari pembedahan itu akan pulih sebab itu saya gagahkan diri pergi ke majlis itu kerana tidak mahu menghampakan sahabat saya.

“Menurut nasihat doktor, saya kena banyak berjalan untuk mengelakkan darah beku,” katanya.

Dia kini sedang menjalani tempoh berpantang di rumah ibu bapanya di Pandan Indah, Ampang dan minggu depan akan berada di rumah mentuanya di Kuantan, Pahang. – MYNEWSHUB.CC

Kategori