Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Saman Fitnah: Rafizi Dan...

PUTRAJAYA - Naib presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli dan pemilik portal berita dalam...

Beg Disangka Ada Bom,...

Subang Jaya : Orang ramai gempar apabila menemukan bagasi yang disangka mengandungi bom...

Pulak Dah… Menteri Akui...

KETIKA negara gempar dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara) menggantung tugas pengerusinya, Tan Sri...

Lelaki Dituduh Bunuh Wanita...

PORT DICKSON : Seorang lelaki berhadapan tuduhan membunuh seorang wanita warga emas selepas...

Faye Sah Selamat Bernikah Dengan Azmi

TEKA-TEKI kad undangan kononnya majlis ulang tahun kelahiran anak saudara, akhirnya terjawab apabila pelakon Faye Kusairi dan pengarah Azmi Hatta sendiri yang selamat bernikah hari ini.

Majlis pernikahan pasangan kontroversi tersebut berlangsung secara sederhana di kawasan kondominium yang terletak di Taman Cempaka Jalan Ampang di ibu negara hari ini, menurut sumber Harian Metro.

Akhbar berkenaan yang kebetulan turut berada di kawasan kediaman itu dimaklumkam, Faye atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 30, menerima mas kahwin sebanyak RM300.

Terdahulu pihak pengantin lelaki, yang juga bekas suami kepada penyanyi Elly Mazlein; tiba di situ lebih kurang pukul 11.25 pagi Ahad bersama-sama dengan ahli rombongannya.

Menerusi rakaman video yang dikirim oleh sumber akhbar itu, Azmi dilihat anggun mengenakan baju berwarna merah jambu cair sementara anggota rombongan lain memakai warna biru terang.

Baca: Gambar Kad Jemputan, Tapi Faye Nafi Bakal Kahwin

Majlis pernikahan pasangan berkenaan diadakan berhampiran dengan kolam renang di kediaman tersebut dengan dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak.

Faye yang juga pelakon drama 7 Hari Mencintaiku turut memuat naik gambar kad jemputan perkahwinannya bersama Azmi menerusi laman Instagtam miliknya kira-kira beberapa jam lalu.

Sementara itu, melalui akaun Instagram rasmi kelab peminat Faye iaitu Fayekusairiloversklub turut memuat naik gambar perkahwinan pasangan ini.


Faye Sah Selamat Bernikah Dengan Azmi

Faye Sah Selamat Bernikah Dengan Azmi

Terdahulu Faye menerusi laporan MYNEWSHUB pada 31 Mac menafikan dia bakal berkahwin dalam masa terdekat selepas memuat naik gambar kad dan senarai jemputan di Instagram miliknya bulan lalu.

Faye memaklumkan gambar yang dimuat naik itu sebenarnya adalah kad jemputan untuk majlis hari jadi salah seorang anak saudaranya dan dirancang pada 7 April nanti.

Jelas sekali perkahwinan yang berlangsung bukti Faye berjaya memperdaya media yang pernah melaporkan isu rancangan perkahwinan dia sebelum ini. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori