Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

KAFA Putuskan Kekal Bersaing...

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) akan memutuskan sama ada kekal...

Caliph Buskers – Sogo...

Semalam, heboh diperkatakan mengenai penahanan aktivis Adam Adli kerana memberi ucapan dalam perhimpunan...

Keluarga Altantuya Tarik Balik...

PUTRAJAYA - Keluarga model Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu hari ini menarik balik rayuan...

Seluar Dalam Kim Chol...

SHAH ALAM - Seorang pakar hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa...

Felda United Raih Kemenangan Sulung Piala AFC

SHAH ALAM – Wakil negara, Felda United mencatat kemenangan pertama dalam bola sepak Piala AFC selepas menewaskan kelab Filipina, Ceres Negros 3-0 pada aksi Kumpulan G di Stadium Shah Alam, di sini hari ini.

Anak buah B. Sathianathan tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan menerusi Muhammad Syahid Zaidon pada minit keenam hasil rembatan dari luar kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol pelawat, Rolland Muller.

Felda United yang menguasai permainan mengekalkan kelebihan 1-0 itu sehingga tamat separuh masa pertama.

Bermula babak kedua, Felda United terus mempamerkan permainan menyerang dan membuahkan hasil menerusi Mohamad Hadin Azman yang cemerlang menyambut hantaran Norshahrul Idlan Talaha untuk gol kedua Felda United pada minit ke-65.

Pemain gantian, Mohamad Fazrul Hazli menambah derita pasukan pelawat apabila mudah menolak bola ke gawang setelah bola terlepas daripada tangkapan kurang kemas Muller hasil daripada sepakan sudut pada minit ke-76.

Kedudukan kekal hingga ke wisel penamat bagi membolehkan Felda United mengutip tiga mata.

Sementara itu, Sathianathan menyifatkan aksi pemainnya tidak mencapai tahap sebenar, namun tetap memuji kesungguhan yang dipamerkan mereka.


“Walaupun menang 3-0, masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Saya yakin kami akan berjaya mara ke pusingan kedua kerana peluang masih terbuka dan perlawanan menentang Tampines Rovers selepas ini akan menjadi penentu,” katanya.

Dalam pada itu, jurulatih Ceres Negros, Risto Vidakovic mengakui pasukan Felda beraksi dengan lebih baik dan jaringan awal tuan rumah memaksa beberapa perubahan dilakukan.

“Felda adalah pasukan yang lebih baik dan menjaringkan gol awal yang memaksa kami mengubah perancangan. Gol kedua itu terus membunuh semangat kami,” katanya.

Felda kini berkongsi lima mata bersama Ceres Negros untuk mendahului Kumpulan G selepas empat perlawanan namun kedudukan itu dijangka berubah selepas tamat satu lagi aksi kumpulan membabitkan Tampinese Rovers menentang Hanoi FC yang berlangsung malam ini. – BERNAMA

Kategori