Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Prestasi Kewangan Terengganu 2013...

KUALA TERENGGANU - Prestasi dan kedudukan kewangan kerajaan negeri Terengganu bagi tahun 2013...

Penstrukturan Dijangka Selesai Akhir...

KUALA LUMPUR – Lebih 600 anggota dan pegawai polis yang sebelum ini berkhidmat...

Video: Wanita Diragut Diseret...

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang wanita melawan ketika diragut menyebabkan dia terseret beberapa...

Hanif Akan Fail Tuntutan...

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar akan memfailkan...

“Fesyen Neelofa Setaraf Artis Antarabangsa” – Fiziwoo

BIARPUN penampilan Neelofa semasa mengacarakan Anugerah Meletop Era (AME2017) Ahad lalu dikecam hebat, namun pereka fesyen Fizioo tampil menjelaskan mengapa fesyen sebegitu sepatutnya tidak menjadi isu.

Kata Fizi, statement tee atau baju tee bermesej itu sebenarnya sedang trending di luar negara dan sudah digayakan oleh ikon fesyen antarabangsa.

“Ramai artis seperti Rihanna dan Kendall Jenner menggayakan fesyen ini pada majlis-majlis hiburan.

“Sebenarnya, Neelofa merupakan selebriti tempatan pertama yang berani mencubanya dan kami percaya gaya ini akan menjadi ikutan masyarakat dalam masa terdekat,” katanya, yang mengendalikan empayar fesyennya bersama rakan kongsi, Khai atau Izree Kai Haffiz.

Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizi Radzi Woo mengulas tentang baju yang digayakan oleh Neelofa pada majlis AME2017 yang berlangsung malam Ahad lalu di Stadium Malawati, Shah Alam.

Pakaian baju tee dengan skrit labuh Neelofa ketika mengacarakan program itu dikritik dan dianggap ‘tak seswai’ dengan majlis berkenaan.

"Fesyen Neelofa Setaraf Artis Antarabangsa" - Fiziwoo
Duo di sebalik jenama Fiziwoo, Khai dan Fizi mempertahankan fesyen yang digayakan Neelofa pada malam Anugerah Meletop Era (AME2017) Ahad lalu.

Dalam pada itu, Khai pula berkata, konsep baju berkenaan dilihat bersesuaian dengan majlis anugerah tersebut yang berbeza dengan majlis-majlis anugerah lain.


“AME2017 berkonsepkan lebih ceria, ia lebih seperti MTV Award dan bukannya seperti anugerah Oskar.

“Ketika kami cadangkan idea tersebut, Neelofa gembira dan teruja untuk mengayakannya. Kami juga ada sediakan baju lain yang lebih anggun pada malam itu tapi dia buat keputusan untuk tidak menukar baju itu,” ujarnya.

Sementara itu, Fiziwoo yang sudah empat tahun bertanggungjawab menyediakan pakaian untuk bintang popular itu mengakui gementar menerima persepsi masyarakat.

Katanya, mereka juga sudah menjangka sebarang komen sama ada baik dan buruk yang bakal diterima. – MYNEWSHUB.CC

Kategori