KUALA LUMPUR – Pekerja sektor 3D (kotor, sukar dan berbahaya) di Malaysia wajar mendapat gaji seperti pekerja 3D di Singapura iaitu lebih RM3,000 sebulan.
Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (PAN), Faiz Fadzil berkata, gaji pekerja sektor 3D di Malaysia waktu ini cuma RM1,000 sebulan.
“Sebagai contoh, pekerjaan membersih di Singapura dibayar sekurang-kurangnya SD1,000 sebulan yang bersamaan kira-kira RM3,000.
“Sebaliknya pekerjaan 3D di Malaysia membayar kira-kira RM1000 sebulan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Faiz berkata, ramai belia Malaysia mahu bekerja dalam sektor 3D seperti cuci longkang dan menyapu sampah tepi jalan jika dapat gaji seperti itu.
“Isu disini bukan anak muda Malaysia sanggup kerja susah atau tidak, kerana realitinya mereka sanggup.
“Tetapi isu yang lebih penting ialah sama ada kerajaan dan majikan sanggup membayar gaji yang lebih adil,” katanya. – MYNEWSHUB.CC