GARA-GARA memuatnaik gambar bunga popi yang tumbuh di tepi jalan dalam media sosial, ikon remaja Jepun daripada kumpulan muzik HKT48 telah disoal siasat oleh polis.
Bunga itu tumbuh di celah rekahan simen dan berada dalam keadaan hampir layu. Nao kemudiannya memutuskan untuk menyiram pokok berkenaan.
Nao sebenarnya secara tidak sengaja menemui tanaman itu dan dia merasa pokok berkenaan merupakan simbol kepada kehidupan.
Dia bagaimanapun tidak menyedari bahawa bunga itu sebenarnya adalah bunga popi, iaitu sejenis pokok yang digunakan dalam penghasilan dadah.
Nao terpaksa disiasat oleh polis bagi memastikan sama ada dia terlibat dengan penghasilan dadah atau tidak, dan nasib baik Nao adalah bersih.
Penyanyi remaja itu dibebaskan tanpa dikenakan sebarang tuduhan. – MYNEWSHUB.CC