KUALA LUMPUR – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 berlaku di Wilayah Taiwan pada pukul 9.57 pagi tadi.
Jabatan Metereologi Malaysia berkata pusat gegaran ialah 204 kilometer dari tenggara Kaohsiung, Taiwan dan 1,686 kilometer dari timur laut Kudat, Sabah. – BERNAMA