Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Najib Soal Guan Eng...

BIDAS... Sejak minggu lalu, rakyat marhaen seluruh negara gempar apabila Datuk Seri Najib...

Pemandu Maut Terjunam Ke...

KUANTAN - Seorang pemandu lori maut setelah lori dipandunya terbabas lalu terjunam kira-kira...

Kunjungan Hormat TPM Ke...

KOTA KINABALU - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail...

Kerajaan Yakin Rakyat Bijak...

KUALA LUMPUR - Kerajaan yakin dengan kebijaksanaan rakyat negara ini dalam memilih kerajaan...

Geng 24: 18 Suspek Disambung Reman Tiga Hari

KLANG – Seramai 18 individu termasuk 13 pelajar disambung reman selama tiga hari bermula esok bagi membantu siasatan penglibatan mereka dalam aktiviti kumpulan kongsi gelap Geng 24.

Majistret Nor Asma Ahmad mengeluarkan perintah reman itu di Mahkamah Majistret di sini terhadap kesemua suspek yang sebelum ini direman selama empat hari yang berakhir hari ini.

Kesemua 18 individu yang disambung reman itu berusia 16 hingga 25 tahun dan ada antara mereka bekerja sebagai mekanik dan pengawal keselamatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan kesemua mereka diwakili peguam Gerard Lazarus.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Fadzil Ahmat dilapor berkata kesemua mereka ditahan di sekitar Klang dalam operasi Cantas Khas minggu lepas sebaik sahaja rakaman video menunjukkan mereka menimbulkan kekecohan di luar sebuah sekolah menjadi tular di media sosial.


Fadzil berkata video itu antara lain menunjukkan sekumpulan lelaki membawa sepanduk yang tertera angka ’24’ dan dalam kalangan mereka ada yang berpakaian dengan lambang swastika yang berunsurkan kongsi gelap.

Terdahulu, berlaku sedikit kekecohan antara petugas media dan keluarga suspek di luar perkarangan mahkamah yang mana ada antara mereka memarahi dan cuba menghalau petugas media daripada membuat liputan kes reman itu . – BERNAMA

Kategori