KUALA LUMPUR – Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF) mengecam insiden serangan keganasan terhadap penumpang kereta api bawah tanah di St. Petersburg, Rusia.
“Ingatan dan takziah kami ucapkan kepada keluarga mangsa dan juga rakyat serta kerajaan Rusia,” kata Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif GMMF, Datuk Dr. Nasharudin Mat Isa dalam satu kenyataan hari ini.
Dilaporkan sekurang-kurangnya 11 terbunuh dan 50 orang awam cedera selepas sebuah gerabak kereta api meletup di landasan antara stesen Institut Teknologi dan Sennaya Ploshchad pada Isnin.
Pegawai Rusia menyifatkan insiden pengeboman itu satu tindakan keganasan. – BERNAMA