Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Miliki Kenderaan Bukan Lagi...

KUALA LUMPUR - Memiliki kenderaan sendiri bagi golongan muda di Lembah Klang bukan...

Kelewatan Pembayaran Wang PTPTN...

KOTA BHARU - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak menghadapi masalah kewangan...

Malaysia Tingkat Keselamatan Di...

IPOH - Kerajaan akan meningkatkan kawalan keselamatan di pintu masuk negara terutamanya lapangan...

PKR Nafi Anjur Perhimpunan...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan parti itu mahu menganjurkan satu...

Guru Poland Mogok Bantah Perubahan Sistem Pendidikan

WARSAW – Guru di Poland melancarkan mogok di seluruh negara semalam, membantah tindakan kerajaan mengubah sistem pendidikan yang menghapuskan sekolah menengah.

Mereka khuatir perubahan ini adalah langkah awal kerajaan memperkenalkan kurikulum baharu kebangsaan yang boleh menjejaskan persediaan pelajar untuk melangkah ke dunia moden.

Penambahbaikan sistem pendidikan itu menjadi punca pertelagahan antara Parti Kehakiman dan Undang-Undang yang konservatif pimpinan Jaroslaw Kaczynski dan pencabarnya yang lebih liberal, yang mendakwa pemimpin parti berkenaan membawa negara ke arah autokrasi.

Antara penambaikan yang dilaksanakan ialah menghapuskan sekolah menengah dan melaksanakan sistem sekolah rendah selama lapan tahun yang dikuatkuasakan pada pra-1999, sebelum pelajar menghadiri sekolah tinggi atau sekolah vokasional.

Sementara itu, sebahagian besar ibu bapa tidak membenarkan anak mereka ke sekolah sebagai tanda sokongan terhadap guru, sekali gus menunjukkan bantahan terhadap perubahan itu. Dalam pada itu, guru yang hadir ke sekolah hanya duduk dan berbual sesama sendiri.


Di sebuah sekolah di sini, yang dikunjungi The Associated Press, hanya 23 daripada 580 muridnya yang hadir ke sekolah.

Bagaimanapun, murid terbabit tidak mengikuti sebarang sesi pembelajaran, sebaliknya menghabiskan masa dengan bermain, melukis dan menonton rancangan kartun. – AP/BH ONLINE

Kategori