Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Bekas Presiden Colombia, Bolivia...

HAVANA - Cuba pada Rabu telah melarang bekas Presiden Colombia, Andres Pastrana, dan...

Saya Dah Sumpah Tiga...

PORT DICKSON - Calon Bebas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson,...

Biasalah……. Paper Nak Bangkrap!...

Tajuk di atas...itulah baris ayat hampir sama digunakan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri...

Sidang Kemuncak KL: Penyertaan...

KUALA LUMPUR - Penyertaan mana-mana individu atau organisasi pada Sidang Kemuncak Kuala Lumpur...

Had Umur ADUN Belia N.Sembilan Bawah 30 Tahun

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan menetapkan had umur bagi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belia adalah di bawah 30 tahun, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata ini selaras dengan Dasar Belia Negara, yang bakal dilancarkan akhir tahun depan, menetapkan had umur belia di bawah 30 tahun.

“Bagi pemilihan Dewan Undangan Negeri (DUN) Belia Penggal Ketiga, kita dah tetapkan calon mestilah berusia antara 20 dan 30 tahun.

“Kita akan buat pemilihan secara pilihan raya bagi 36 calon DUN manakala 30 lagi ADUN Belia akan dilantik mewakili sektor masing-masing seperti kesihatan, pekerjaan awam dan badan beruniform.

“Saya nak kita bersedia lebih awal supaya kita tidak tunggu sehingga saat akhir untuk mencari bakat dan pemimpin belia di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Persidangan
DUN Belia Negeri Sembilan kali Ketiga Penggal Kedua 2016, di sini malam ini.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Dr Awaludin Said, Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Seri Mat Ali Hassan dan Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan Azizan Saad.


Mohamad berkata pilihan raya DUN Belia dijangka diadakan pada Mei atau Jun ini.

Beliau berkata bagi calon yang pernah menduduki kerusi DUN Belia, mereka disaran untuk menubuhkan Alumni DUN Belia.

“Alumni ini akan bertindak sebagai pembimbing kepada ADUN Belia yang akan dilantik kerana mereka di bawah umur 30 tahun ini masih muda dan tidak boleh dibiarkan terumbang-ambing,” katanya. – BERNAMA

Kategori