Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Tol: MCA Dakwa PH...

KUALA LUMPUR – Calon MCA bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

DAP Hina Mahathir Main...

BIADAB... DAP sentiasa hina Tun Dr. Mahathir Mohamad dari dulu hingga kini, namun...

Benarkah Gulai Rendang Melayu...

ADA dua kekeliruan yang hamba-hamba Allah SWT yang istimewa ni bangkitkan:1. Ayam atau lembu...

Isu Kekurangan Bekalan Ayam...

KUALA TERENGGANU : Isu kekurangan bekalan ayam di pasaran yang berlaku ketika ini...

Hadiahkan Nora Quran: ‘Moga Allah Temu Kita Di Syurga’

GENAP seminggu sudah komposer terkenal, Johan Nawawi yang juga merupakan suami kepada penyanyi, Nora Ariffin, kembali ke rahmatullah.

Hadiahkan Nora Quran: 'Moga Allah Temu Kita Di Syurga'

Dalam tempoh ini, pastinya Nora sedang cuba menyesuaikan diri menerima kenyataan bahawa insan yang tercinta itu telah pun pergi mengadap Ilahi.

Mengimbas kembali detik indahnya bersama Johan, Nora sebentar tadi memuat naik gambar senaskhah kitab Al-Quran yang merupakan peninggalan Allahyarham buat dirinya.

Hadiahkan Nora Quran: 'Moga Allah Temu Kita Di Syurga'

Pada masa yang sama, Nora turut berkongsi titipan nukilan Allahyarham yang ditulis khas buatnya di dalam Al-Quran tersebut.

“Assalamualaikum buat isteriku yang dikasihi. Semoga Allah menemukan kita di syurga InshaAllah.

“Terima kasih kerana menjadi isteri, kekasih dan ibu yang mithali. Love you always, tulis nota yang ditulis pada 24 April 2010.

Ungkapan penuh syahdu Johan itu lantas menarik perhatian ramai, yang memahami perasaan Nora berhadapan ujian seberat ini.


Dalam posting itu, Nora turut menyatakan hadiah tersebut merupakan sebagai antara yang paling bermakna pernah diterima dari Allahyarham.

“Seminggu sudah berlalu. Keperitan sukar digambarkan…. Allah saja yang tahu.

“Semuga Abang tenang di sana, di taman- taman syurga bersama orang-orang beriman. Orang baik, perginya juga baik.

“Abang… adamu menyenangkan dan membahagiakan… Pergimu amat menyedihkan…In Shaa Allah, bertemu di syurga,” tulis Nora.

Allahyarham meninggal dunia minggu Jumaat lalu akibat serangan sakit jantung. – MYNEWSHUB,CC.

Kategori